Selasa, 14 Disember 2010

Bajet 2011 dilulus tanpa sebarang drama

BERNAMA


Bajet 2010 hampir ditolak tahun lepas akibat kehadiran rendah ahli parlimen BN. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) berjumlah RM212 bilion tanpa sebarang masalah.

Berbeza dari tahun lepas, Bajet 2011 diluluskan kira-kira 7.25 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Husni Hanadzlah menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir dalam Dewan Rakyat.

Bajet 2010 melalui detik mencemaskan di mana bacaan kali ketiga rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja pada pukul 11.15 malam, 14 Disember 2009.

Berdasarkan undian belah bahagian yang dilakukan, menyaksikan 66 undi, termasuk undian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong daripada anggota Parlimen BN dan 63 undi membantah daripada anggota Parlimen pembangkang.

Najib pada 15 Oktober lepas membentangkan Bajet 2011 yang mencadangkan peruntukan RM212 bilion, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan untuk 2010. Daripada jumlah itu RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk pembelanjaan pembangunan.

Terdahulu Kementerian Dalam Negeri teruk “diasak” beberapa anggota Parlimen yang tidak puas hati dengan jawapan Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung isu saman ekor.

Jawapan Abu Seman bahawa kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengekalkan tindakan saman ekor membangkitkan pelbagai reaksi daripada anggota dewan yang rata-rata menggesa kerajaan memansuhkan tindakan itu kerana ia disifatkan menyusahkan rakyat selain bertentangan dengan slogan “Rakyat didahulukan”.

Abu Seman turut “diserang” apabila mengakui tidak mempunyai maklumat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak mengenai kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak yang membabitkan isu saman ekor Ogos lepas.

Dalam kes itu, mahkamah memutuskan JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Berdasarkan kes tersebut, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) serta Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mengasak Abu Seman mengenai isu kesahihan tindakan menyenarai hitam pesalah trafik itu dari segi undang-undang kerana pesalah tidak dipanggil untuk membela diri sebelum tindakan tersebut dikenakan.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berkata kerajaan harus berani membuat perubahan atau perlu menerima padah tindakan itu, sementara Datuk Muhamad Aziz (BN-Sri Gading) pula menyifatkan kerajaan boleh membuat perubahan itu sekiranya mahu.

Asakan-asakan itu bagaimanapun disambut dingin Abu Seman yang menjelaskan kebanyakan isu itu telah dijawab sebelum ini, lantas meneruskan penggulungannya bagi menjawab isu-isu lain

26 ulasan:

samm berkata...

baguslah jika Bajet diluluskan tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.

samm berkata...

diharapkan bajet ini mampu menjana ekonomi negara untuk menjadi lebih baik dan mampu memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bajet ini perlulah digunakan dgn sebaiknya.

Anak Sabah berkata...

Baguslah kalau bajet diluluskan dengan lancar. Tidak kira apa yang berlaku dalam politik, asalkan jangan menyusahkan rakyat jelata.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan bajet ini digunakan sebaik mungkin untuk kebaikan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kenapa perbelanjaan operasi jauh lebih tinggi dari perbelanjaan pembangunan? apa2pun saya harap peruntukkan ini dapat disalurkan tepat kepada sasaran.

Tanpa Nama berkata...

saya juga setuju jika saman ekor dihapuskan kerana selain menyusahkan, tindakan itu juga tidak membawa kesan kepada sikap pengguna jalan raya. cari pendekatan lain yang lebih berkesan seperti yang digunakan oleh negara2 maju yang lain.

Velove berkata...

Bagus, semoga apa yang diusulkan menjadi kenyataan.

Hosie Masie berkata...

Mungkin para pembangkang bersetuju dengan bajet yang diberikan dalam bajet itu.

Unknown berkata...

Kena dihati mereka mungkin. Itu sebab kenapa mereka tidak membantah langsung. Apa pun kita mengharapkan bajet itu akan dilaksanakan dengan baik dan buat perkara yang berguna.

Bhatera berkata...

Lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Bajet 2011 itu lulus mungkin kerana perkara ini mungkin diberikan secara adil kepada semua pembangunan di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bajet tersebut adalah adil sebab itu ia lulus tanpa bantahan.

Logop berkata...

Baguslah tue.

nurfatihah berkata...

Daripada jumlah itu RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk pembelanjaan pembangunan.

APa beza perbelanjaan operasi dan pembelanjaan pembangunan?

nurfatihah berkata...

Apa pun harap subsidi rakyat dinaikkan semula. Ataupun subsidi untuk kroni-kroni di SELARASkan setaraf dengan rakyat jelata.

Paquin berkata...

hhhmm, bagus la bah tu.. hehe

Paquin berkata...

Ya samm. Semoga bajet 2011 menjanjikan sesuatu yang terbaik utk rakyat.

Paquin berkata...

Gunakan sebaik mungkin bajet yang diperutukkan demi mencapai sasaran :)

Paquin berkata...

Saya percaya bajet ini ditetapkan mengikut plan yang terbaik utk masa depan negara dan juga rakyat... Jadi janganlah ada salah anggap terhadap bajet ni lagi.

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita harapkan yang terbaik dan semuanya berjalan lancar.

chimchim berkata...

Great!I'm so glad.

onong berkata...

Ini menunjukkan bahawa ramai yang menyokong usul ini.

Nemia berkata...

It's just around the corner.

noemi berkata...

I can't wait for it.

Gopuk berkata...

Perkara yang tidak baik patut dihindari... Semoga semasa melaksanakan sebarang projek di masa akan datang tidak akan ada masalah..

POP berkata...

Saya harap Bajet itu dapat digunakan tanpa sebarang tipuan.