Sabtu, 18 Disember 2010

APA JADI DENGAN KES RASUAH MUSBAH?

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

RAKYAT Malaysia mungkin tidak terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo; namun rakyat Sabah hairan kenapa SPRM tidak langsung bertindak terhadap Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli sedangkan kertas siasatannya telah dilengkapkan oleh Mantan Pengarah SPRM Sabah, Hajjah Latifah Md Yatim (Datuk).

Kekebalan Musbah mungkin didorong ‘suatu kuasa luarbiasa’ yang menghalang SPRM menangkap Musbah untuk didakwa di mahkamah sedangkan siasatan telah dilengkapkan dan berada di tangan Peguam Negara Malaysia.

Skandal rasuah Musbah telah diketahui umum dan saya serta rakan dalam PKR telah membuat laporan rasmi, termasuk ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri setelah Musbah melarikan cukai selama bertahun dan melakukan rasuah secara terbuka terutama dalam Skandal GLC Supernesa Sdn.Bhd.

Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada SPRM kerana akibat tindakan tidak apa mereka, ‘barah rasuah’ dalam kerajaan Barisan Nasional Sabah telah mula bernanah dan pekung yang telah lama disimpan akan meletup menjelang pilihanraya umum akan datang.

Walaupun tidak ada bukti kukuh yang boleh ditonjolkan, namun kemewahan hidup yang dinikmati semua Menteri, Pembantu Menteri di Sabah melebihi kemampuan gaji mereka menunjukkan ‘wujudnya rasuah’ kerana tidak mungkin bagi seorang Menteri atau Pembantu Menteri yang hanya berpendapatan RM20,000 sebulan memiliki beberapa rumah agam bernilai jutaan ringgit dan berpuluh kereta mewah yang kebanyakannya dibeli secara tunai atau ansuran ‘pura-pura’ atau menggunakan nama kroni atau keluarga.

Mungkin tiba masanya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad menukarkan Pengarah SPRM Sabah dengan pengarah baru yang secergas Datuk Hajjah Latifah Md Yatim yang begitu berjaya menggempur kubu pembangkang di Pulau Pinang; sedangkan rasuah disuburkan di Sabah.

Kini rakyat Sabah mula marah kerana hampir kesemua projek perumahan yang dikendalikan Supernesa Sdn.Bhd gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian dan terus tergendala selama beberapa tahun; sedangkan pembeli terpaksa membayar ansuran bank dan dalam masa yang sama terpaksa menyewa rumah lain kerana rumah yang dijanjikan Supernesa gagal disiapkan.

Dalam hal ini, Syarikat Perumahan Negara Berhad sewajarnya membuat laporan rasmi terhadap Musbah kerana berlaku terlalu banyak ‘jenayah kolar putih’ berlaku dan dilakukan Musbah ketika beliau mempengerusikan Supernesa Sdn.Bhd berkenaan.

Bagi saya, kegagalan SPRM bertindak terhadap Musbah menunjukkan SPRM masih mengamalkan ‘Sindrom Pilih Kasih’ dan menjadi ‘Alat UMNO’ untuk menangkap pemimpin Pakatan Rakyat dengan ‘mereka’ terlalu banyak pertuduhan palsu; sebaliknya membebaskan pemimpin UMNO yang benar-benar rasuah seperti Musbah.

(NOTA: Zainuddin Hassan merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah).

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM tidak boleh menahan seseorang sesuka hati jika belum ada bukti kukuh yang boleh membawa kepada penahanan beliau.

Tanpa Nama berkata...

Hope that the MACC will be fair and non-biased. Investigate all corruption cases.

zam berkata...

setuju dengan antap..SPRM tidak boleh menahan orang sesuka hati. mereka perlu mempunyai bukti yang kukuh.

zam berkata...

biarlah SPRM melakukan apa yang patut. tunggu dan lihat saja lah.

Tanpa Nama berkata...

"Walaupun tidak ada bukti kukuh yang boleh ditonjolkan,.."

maknanya tidak ada bukti kukuh yang boleh membawa mereka ke muka pengadilan, bukannya seperti yang didakwa kononnya wujud kuasa besar yang melindungi mereka.

Tanpa Nama berkata...

hal mengaitkan seseorang dengan jenayah perlu disiasat dengan berhati2 dan teliti kerana melibatkan masa depan tertuduh. mungkin hanya jika PKR berjaya mengambil alih kerajaan rakyat akan berpeluang menyaksikan ramai individu yang disumbat kedalam penjara walaupun mereka2 itu hanya menjadi mangsa fitnah atau tuduhan.,

Bujang Senang berkata...

Mungkin SPRM masih mencari bukti yang benar-benar kuat untuk menahan seseorang. Bukankah itu akan memalukan SPRM jika mereka tewas dan maklumat tidak lengkap sepenuhnya. Maka mungkin SPRM masih dalam percarian maklumat lain.

Unknown berkata...

Mungkin Pembangkang sengaja mahu membuat persamaan berhubung dengan masalah Bekas ketua menteri Selangor itu. SPRM tidak akan menahan seseorang selagi tidak dapat megumpulkan maklumat yang lengkap. Jadi mungkin berhubung dengan Khir toyo SPRM ada maklumat yang lengkap maka itulah sebab beliau ditahan, Berbeza dengan Musbah.

Hosie Masie berkata...

Kita tunggu saja apa tindakka SPRM seterusnya, dan diminta Pembangkang tidak perlulah untuk membuat andaian sendiri berhubung dengan SPRM.

Tanpa Nama berkata...

kes ini mungkin masih dalam siasatan.

mike berkata...

jenayah kolar putih di malaysia semakin menjadi-jadi..rasuah merupakan jenayah kolar putih yang lazim dilakukan..saban hari kita mendengar kes-kes rasuah baik di TV atau akhbar..

mike berkata...

menteri dan pembantu menteri kebanyakkannya memiliki kekayaan yang luar biasa..di mana mereka mendapat semua kekayaan tersebut?

mike berkata...

kertas siasatan telah dilengkapkan namun mungkin masih kekurangan bukti kukuh yang memungkinkan pendakwaan dilakukan.

mike berkata...

namun begitu, diharap SPRM akan terus berusaha keras membanteras jenayah kolar putih ini di kalangan penjawat awam..

mike berkata...

mana2 pihak juga tidka boleh campur tangan dalam siasatan SPRM ke atas mana2 kes rasuah terutama yang membabitkan 'orang-orang besar' kerajaan..kekangan politik tidak harus dilakukan semata-mata untuk menutup jenayah yang dilakukan..diharap SPRM bertindak dengan adil, telus dan amanah tanpa mengira bulu..

Jason berkata...

Bukti yang kukuh perlu ada untuk menahan seseorang.

Jason berkata...

Apapun, SPRM perlulah menjalankan siasatan mereka dengan adil.

Anak Sabah berkata...

Kes ini wajar disiasat sebaik mungkin.

Anak Sabah berkata...

Baik kita tunggu hasil penyiasatan dalulu sebelum membuat ramalan yang bukan-bukan.

Antanum berkata...

Jika kes tersebut belum selesai saya rasa kes tersebut akan terus dijalankan.

Mohd Ishak berkata...

Hal ini patut disiasat dahulu. Baik kita tunggu keputusan nanti.

kb girl berkata...

Sudahkah SPRM memanggil pelapor untuk membuat keterangan?
Saya rasa jika mereka berani melapor serta tidak merahsiakan idenditi mereka, kesahihan kes ini kuat.

Unknown berkata...

Fil kes ini sudah sekian lama terselip dibawah.
Sudah tiba masanya tindakan perlu diambil.

Unknown berkata...

Mungkin KIV sudah. menanti timing sesuai untuk diambil tindakan.

Unknown berkata...

Mungkin KIV sudah. menanti timing sesuai untuk diambil tindakan.

Unknown berkata...

Mana Hajjah Latifah dipindahkan? Beliau berani dan banyak mengendalikan kes yang melibatkan vvip.

captain berkata...

Kes rasuah yang melibatkan vvip walau didakwa ke mahkamah, tahap penyabitan kesalahan adalah rendah.

Unknown berkata...

Proses penyiasatan mengambil masa. Inilah alasannya.