Ahad, 21 November 2010

Tak Selesa Bernaung Di Bawah Pakatan Rakyat, Rosmah Lepaskan Jawatan Canselor Unisel

Oleh Dzulkarnain Taib

rosmahkimonoKUALA SELANGOR - Terasa bahang kedudukan beliau dipertikaikan oleh pelajar dan juga penyokong Pakatan Rakyat, isteri Perdana Menteri, Datin SeriRosmah Mansor hari ini mengambil keputusan mengundur diri selaku Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) yang dimiliki oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atas alasan mahu memberi tumpuan kepada program pendidikan awal kanak-kanak Permata.

Laporan Bernama menyatakan permohonan Rosmah untuk mengundur diri telah diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," kata Rosmah dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelimadi Kampus Bestari Jaya.

Rosmah dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 dan kontrak perkhidmatan dijangka tamat Februari depan.

Ketika dihubungi Ahli Parlimen berkata tindakan Rosmah tersebut kemumngkinan disebabkan belisu tidak serasi dengan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Mungkin beliau rasa 'awkward' untuk menjadi Canselor sebuah universiti yang dimiliki oleh kerajaan negeri dan berada poula dalam sebuah negeri Pakatan Rakyat," komen Khalid ringkas.

Sebelum ini kumpulan pelajar Unisel pernah menaikkan beberapa kain rentang di premis Unisel menuntut supaya Rosmah berundur daripada jawatan beliau kerana dikatakan tidak menyokong kebebasan pelajar berpolitik.

7 ulasan:

Hamdan Hadillah berkata...

Ini mungkin adalah yang terbaik untuk Datin Rosmah. Sebelum timbul spekulasi lebih baik mengelaknya terlebih dahulu.

zam berkata...

mungkin keputusan ini diambil bagi membolehkan Datin Seri Rosmah memberi tumpuan kepada program pendidikan awal kanak-kanak Permata.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik Rosmah lepaskan jawatan canselor tersebut kerana byk lagi komitmen lain perlu Rosmah utamakan seperti PERMATA.

Tanpa Nama berkata...

"Mungkin beliau rasa 'awkward' untuk menjadi Canselor.."

tidak perlu buat kenyataan media jika point yang hendak disampaikan masih dalam persoalan(kemungkinan)..

Tanpa Nama berkata...

jika kita lihat ranking UM dimana pelajar2nya lebih berminat dengan politik telah jatuh dari kedudukan 180 ke 207 ranking dunia.. masih ada hati mahu berpolitik?? jika pembangkang mengambil alih negara, semakin mundurlah ekonomi dan sosial negara..

Anak Sabah berkata...

Terpulanglah dengan Datin Rosmah.

elia berkata...

Ada kemungkinan tapi biarla apa yang dikatakan oleh Datin, itulah alasannya. Jangan lagi berangan2 atau meneka-neka alasan lain. Datin sudah lepaskan jawatan itu, jadi bersyukurlah.