Isnin, 15 November 2010

Akhirnya... Datuk Zaid Bakal Tubuh Parti Baru?

SEDAKA SEJAHTERA

Seminggu selepas menarik diri daripada pertandingan jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau telah bersedia meninggalkan parti itu kerana sudah meluat dengan pemimpinnya.

NONE“Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi.

“Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya.

“Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya kepada portal berita, Free Malaysia Today yang dimilikinya.

Menurut Zaid, pengumuman rasmi akan dibuatnya sebelum kongres kebangsaan PKR yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Beliau dijangka akan berehat seketika bagi mengelakkan segala tumpuan sekarang. Bekas menteri di jabatan perdana itu juga tidak menolak kemungkinan membentuk parti baru.

azmin aliAdalah dipercayai bidasan terbaru, naib presiden PKR, Azmin Ali pada Jumaat lalu ada berkaitan dengan keputusan Zaid untuk meninggalkan parti itu.

Rosakkan reformasi

Berucap pada penyokongnya di sebuah ceramah di Shah Alam, Azmin berkata zaid tidak boleh dibiarkan “merosakkan perjuangan reformasi”.

“Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita,” Azmin dilaporkan berkata.

Tanpa menamakan Zaid dalam bidasannya, Azmin berkata pemimpin berkenaan tidak pernah menyertai protes jalanan dan belum pernah ditangkap dan justeru, tidak akan memahami apa erti reformasi sebenar.

azlanDalam perkembangan berkaitan, The Star dalam laporannya hari ini mendakwa Zaid telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.

"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka,” katanya kepada akhbar itu.

Zaid, yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas meninggalkan Umno berkata beliau akan bercuti seketika untuk menjauhkan diri daripada semua tumpuan ketika ini.

"Saya bukan membenci parti tetapi saya meluat dengan pemimpin yang bermasalah di dalam parti,” katanya.

Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.

Salah petik?

Beliau juga pada sidang akhbarnya itu membidas pemimpin PKR, termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau juga mencadangkan Anwar supaya berundur kerana berpendapat dia sebagai punca masalah di PKR.

NONEDalam wawancaranya, dengan beberapa akhbar pro-Umno, semalam adalah hampir pasti bahawa Zaid akan meninggalkan PKR dan menubuhkan partinya sendiri.

Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan “Keadilan baru” jika dipecat dari PKR.

Bagimanapun, menurut sumber yang rapat dengan Zaid, kemungkinan besar ahli politik yang 'maverick' itu disalah petik bahawa beliau telah meninggalkan parti itu.

Ketika dihubungi pagi ini, sumber itu berkata Zaid akan membuat penjelasan hari ini di blognya.

Zaid kini dilaporkan berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan.

23 ulasan:

madd berkata...

terpulanglah kepada Datuk Zaid sama ada mahu menubuhkan parti baru atau tidak.

mandau berkata...

jika zaid nk menubuhkan parti baru, ia kena pastikan parti yang ditubuhkannya mampu bersaing dgn BN dan PR.

Antanum berkata...

Jika masih ada yang menjadi pengikut setia beliau kita biarkan sahaja tapi bagi saya penubuhan parti baru hanya akan menganggu kesepakatan bersama kerana kesetiaan akan berbelah bagi!

Anak Sabah berkata...

Saya mengucapkan selamat berjuang kepada Datuk Zaid selepas meninggalkan PKR. Diharapkan semuanya berjalan lancar.

Unknown berkata...

Baguslah kalau dia mahu tubuh parti baru. Pastikan parti yang ditubuhkan adalah setanding BN dan PR.

nickko berkata...

tidak perlu teragak2 atau menunggu dipecat, kalau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR, keluarlah dari parti itu.

nickko berkata...

tidak ada pihak yang benar atas masalah yang timbul dalam PKR. penyelewengan dan penipuan tidak mustahil berlaku sepanjang pemilihan PKR. rumput tidak akan bergoyang jika tidak ada angin. dipihak zaid pula, jika beliau masih mahu kekal lama dalam parti itu, beliau sepatutnya menyelesaikan masalah ini secara tertutup.

samm berkata...

jika Zaid keluar atau dipecat daripada PKR beliau berhak untuk menubuhkan parti baru. apa pun, semuanya terpulang kepada beliau sendiri.

Hamdan Hadillah berkata...

Apa pun semoga Datuk Zaid dapat buat yang terbaik nanti.

kb girl berkata...

Kenapa Zaid tidak dapat bekerjasama dengan orang lain? Mungkin beliau sudah biasa jadi boss dan beri arahan.

Unknown berkata...

Akhirnya Zaid tidak tahan tunduk bawah orang. Baik tubuh parti baru sendiri jadi ketua. Syok sendiri.

Unknown berkata...

Imbas trek rekod Zaid, kesemua ini tidak menghairankan.

Unknown berkata...

Cita-cita beliau tercapai akhirnya.
Tapi janganlah pakai nama Keadilan Baru, cari nama lain.

captain berkata...

Parti barulah yang sesuai untuk Zaid. Tiada lagi tempat untuk beliau selain menumbuhkan parti sendiri.

Unknown berkata...

Parti politik di Malaysia sudah cukup banyak.

Paquin berkata...

Terserahlaha pada DZ. Pandai2 lah dia bawa diri dalam arena politik ni.

Paquin berkata...

Appaun, hanya rakyat yg mampu menentukan sejauh mana DZ mampu meneruskan karier dlm bidang politik.

mike berkata...

keputusan yang tepat jika zaid cepat2 meninggalkan PKR..

mike berkata...

ahli2 PKR yang lain juga patut melakukan perkara yang sama seperti zaid..tiada gunanya kekal dalam parti yang penuh dengan penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa serta pemimpin yang pentingkan diri.

mike berkata...

seharusnya zaid membuat keputusan untuk keluar dari PKR awal2 lagi namun masih belum terlambat untuk melakukannya.

mike berkata...

jika zaid ingin menubuhkan parti baru, terpulang kepada beliau..mungkin ini akan mematangkan lagi politik negara..

mike berkata...

yang pasti rakyat kini tahu muka sebenar pemimpin PKR yang pandai bermuka-muka..rakyat haruslah sedar bahawa PKR bukan pilihan terbaik..

mike berkata...

apa-apa pun, semua ini terletak dalam tangan zaid..tunggu dan lihat perkembangannya..