Jumaat, 19 Februari 2010

Zahrain cabar lapor SPRM

UTUSAN ONLINE


PULAU PINANG - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar ada bukti dirinya atau ahli keluarga beliau terlibat dalam urusan tender projek Bukit Jambul Golf Resort.

Menurutnya, tindakan Guan Eng membuat kenyataan kepada media seolah-olah menggambarkan dirinya memang melakukan perkara seperti yang didakwa itu.

"Kalau dia (Guan Eng) ada bukti bahawa saya atau keluarga saya terlibat, nyatakan dengan jelas, jangan putar belit.

"Buat laporan kepada SPRM, jangan cakap kepada media kata dia ada bukti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menyatakan kesediaan untuk berdepan tindakan undang-undang selepas mengaitkan ahli keluarga Zahrain dalam urusan tender bernilai RM40 juta bagi mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Tiada ulasan: