Ahad, 14 Februari 2010

YBK ada masalah urus tadbir aset?

UTUSAN ONLINE


SHAH ALAM - Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk memulangkan jumlah cukai tanah RM1.28 juta untuk kawasan seluas 89.4 hektar yang dibayar oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada Ogos tahun lalu kerana didapati berlaku masalah urusan pentadbiran aset yang perlu dipatuhi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu, persoalan yang timbul mengapa setelah 13 tahun baru tunggakan cukai tanah itu hendak dijelaskan dan tidak pada tahun-tahun sebelumnya.

''YBK perlu membuat permohonan lain untuk tujuan tersebut kerana ada perkara dalam pentadbiran yayasan itu dan kerajaan negeri yang perlu diperbetulkan.

''Boleh jadi perkara ini (tidak bayar cukai) adalah perkara biasa dalam pentadbiran kerajaan terdahulu, kalau betul saya terpaksa memperbetulkan, malah kalau bukan amalan biasa, lagi saya kena betulkan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita berhubung tindakan kerajaan negeri memulangkan bayaran cukai itu bersama RM5.46 juta cukai tanah tertunggak milik YBK yang telah dilunaskan dengan bantuan Yayasan Melaka.

Tiada ulasan: