Khamis, 18 Februari 2010

Tiada perebutan jawatan utama dalam PBB

BERNAMA



Penyandang jawatan utama dijangka terus menerajui kepemimpin parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pemilihan sempena konvensyen ke-12 parti terbesar Sarawak itu pada 2 Mac ini.

NONETimbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kiri) berkata beliau tidak menjangka sebarang perebutan jawatan utama dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengekalkan jawatannya sebagai presiden.

Di samping, beliau tidak menjangka sebarang pertandingan untuk dua jawatan timbalan presiden, dua naib presiden kanan dan enam naib presiden, katanya kepada pemberita selepas mengunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh Menteri Mudanya Datuk Dr Soon Choon Teck di Sibu hari ini.

Abang Johari, yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, bagaimanapun menjelaskan pemilihan kali ini dijangka dalam barisan majlis tertinggi parti.

taib mahmud 241008Menurutnya terdapat gesaan oleh semua cawangan supaya Abdul Taib (kanan) terus memimpin parti itu.

Konvensyen PBB itu dijangka dihadiri seramai 5,000 perwakilan dan pemerhati dari semua 71 cawangan parti di negeri itu.

Abang Johari berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan konvensyen tersebut di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching.

Mesyuarat Pemuda akan berlangsung pada 27 Feb ini diikuti oleh sayap Wanita pada 1 Mac, katanya.

Jawatan Pengerusi Pemuda PBB kini dipegang oleh Timbalan Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi, Fadillah Yusof, manakala Senator Datuk Seri Empiang Jabu memimpin sayap Wanita parti itu.


Tiada ulasan: