Sabtu, 6 Februari 2010

Rapid Penang Tawar Pekerjaan

BERNAMA


PULAU PINANG: Rapid Penang Sdn Bhd (RapidPenang) menawarkan 14 jawatan untuk mereka yang berminat membina kerjaya dengan syarikat pengangkutan itu.

Pengurus Komunikasi dan Kreatif RapidPenang Yap Lee Ying berkata jawatan yang ditawarkan ialah Eksekutif Perancangan Korporat, Eksekutif Pemerolehan, Eksekutif Operasi, Eksekutif Pemasaran dan Pentadbiran serta Eksekutif Promosi dan Penjenamaan.

Jawatan lain ialah Eksekutif Pelatih-Infra, Pembantu Kawalan Kualiti, Mekanik, Juruelektrik, Juruteknik Pembaikpulih Badan Bas serta Pembantu Komunikasi dan Kreatif.

"Jawatan lain yang turut ditawarkan ialah Pembantu Pengurusan Risiko, Pembantu Pengurusan Bahan Api dan Penolong Penguatkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yap berkata krew RapidPenang akan menyertai Hari Kerjaya dan Keusahawanan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua dari pukul 9.30 pagi hingga 5 petang esok bagi mencari calon yang berkelayakan mengisi jawatan itu.

"Pelbagai kemudahan termasuk insentif dan gaji lumayan disediakan kepada mereka yang menyertai warga kerja RapidPenang," katanya.

Tiada ulasan: