Isnin, 8 Februari 2010

Pihak pembelaan soal balas Saiful

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari keempat hari ini akan menyaksikan pembelaan menyoal balas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Saiful dijangka akan diperiksa balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan yang terdiri daripada Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C V Prabhakaran, S N Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Mohd Saiful adalah saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Kes dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pendakwaan diketuai Peguam Cara negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden selesai dalam pemeriksaan utama ke atas Mohd Saiful, Jumaat lalu.

Tiada ulasan: