Jumaat, 5 Februari 2010

Pegawai Imigresen Jadi Peguam Negara?

Oleh: JAMIL NASRAH & KREW SABAHKINI.NET



KEHEBATAN seorang pegawai kanan Imigresen Sandakan, TPPI Wang Poo Ching yang mengeluarkan arahan agar pihak berkuasa melepaskan Kumpit ML Menham pada 25 Januari 2010 yang ditangkap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di Pulau Berhala, Sandakan ketika dalam perjalanan ke Filipina pada 18 Januari 2010 mengejutkan semua pihak.

Tambahan pula kesemua 37 Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang ditahan APMM turut dibebaskan tanpa sebarang siasatan lanjut dan kertas siasatan belum dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

Persoalan yang semakin mengelirukan Agensi Penguatkuasa ialah kenapa Wang Poo Ching dipaksa melakukan ‘hara-kiri’ bagi menutup kes penyeludupan, pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang terkawal seperti gula, beras dan sebagainya.

Walaupun berita angin yang disebarkan di kalangan Sindiket Barter Trade bahawa Wang Poo Ching dibayar RM500,000 untuk menghilangkan bukti iaitu kumpit ML Menham dan seluruh isi muatannya, namun apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri?

Bak kata pepatah, pisau yang menjadi alat untuk membunuh telah ditemui, tetapi jika tubuh badan ada mayat dihilangkan, maka sudah pastinya sebijak mana Pendakwa Raya akan terkedu kerana tidak dapat melakukan apa-apa; seperti peniaga buluh kasap, hujung dapat, pangkal lesap.

Ketua Pejabat Imigresen Sandakan, Jaimin@ Richard Sumpit mungkin terpinga-pinga membaca Sabahkini.net yang mendedahkan nama pegawainya yang membebaskan Kumpit ML Menham tidak mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan dan gelisah terkena tempias kesilapan yang dilakukan pegawainya.

Sabahkini.net mengucapkan jutaan terima kasih kepada krew Kumpit ML Menham yang telah menyerahkan dokumen deklarasi kastam dan sebagainya sebagai bukti barangan mereka mendapat pengiktirafan Kastam dan tidak gentar walau ditahan APMM kerana beliau memiliki pasport dan mendapat pelepasan imigresen.

Tidak ada yang percuma dalam dunia ini. Begitu juga dengan Sabahkini.net yang terpaksa membayar sejumlah wang untuk mendapatkan bukti daripada Krew Kumpit ML Menham, mungkin setara dengan gajinya setahun dengan syarat mudah; “Don’t tell my Captain.”

Key Performance Index (KPI) SPRM mungkin terpaksa dijuruterakan semula bagi mencegah rasuah dan sepatutnya menumpukan siasatan kepada SOP yang gagal dipatuhi Wang Poo Ching yang menyalahgunakan kuasanya melepaskan semua Pati yang ditahan sebelum semua pihak sempat membuka kertas siasatan.

Ketika pegawai khas KPDNKK yang diarah menterinya, baru mahu menyemak Gudang Sunrise (M) Sdn.Bhd untuk mengambil kenyataan daripada pemilik asal 3,500 guni gula pasir yang diseludup keluar daripada Sandakan; Wang Poo Ching telah membebaskan kumpit ML Menham.

Apakah Wang Poo Ching telah dinaikkan pangkat sebagai Peguam Negara yang boleh membuat keputusan menutup kes dan membebaskan tangkapan tanpa sebarang kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara.

Faktor yang tambah mengelirukan warga Sandakan, kenapa Pegawai Penyiasat APMM tidak memeriksa gudang dan kilang memproses gula yang kononnya diimport daripada Thailand sehingga menimbulkan kecurigaan apakah beliau juga dibayar oleh Sindiket berkenaan.

Kenapa APMM tidak mengambil kenyataan daripada Neckson Mercado, Kapten Kumpit ML Menham yang menjadi Tekong Laut dan Otoh Sibik Haji Sahak yang meluluskan borang deklarasi Kastam eksport gula ke Filipina?

Kenapa APMM tidak menyoal siasat walau seorangpun Pati yang ditahan, apatah lagi termasuk lima orang gundik polis yang dibebaskan tanpa sebarang siasatan; terutama berapa mereka bayar dan kepada siapa mereka bayar untuk membolehkan mereka diseludup keluar?

Peguam Negara sewajarnya menghantar Unit Khas untuk melakukan auditan SOP yang gagal dipatuhi oleh Jabatan Imigresen dan semua agensi penguatkuasa termasuk APMM.

Kenapa daripada 25 Ahli Parlimen daripada Sabah atau 60 Adun Sabah termasuk Musa Aman tidak langsung mahu membahas isu ‘Barter Trade’ seolah-olah mereka turut terlibat dan mendapat laba daripada Sindiket Barter Trade di Sabah?

Tiada ulasan: