Sabtu, 13 Februari 2010

Isu banglo Guan Eng ke ibu pejabat SPRM

UTUSAN ONLINE


PULAU PINANG - Kertas siasatan mengenai isu banglo mewah Ketua Menteri, Lim Guan Eng kini berada di Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md. Yatim berkata, kertas siasatan berkenaan telah diserahkan ke bahagian berkenaan minggu lalu.

''Siasatan mengenai kes ini (banglo) selesai dan kita telah kemukakan kepada ibu pejabat.

"Sekarang kita menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai status terkini siasatan SPRM terhadap isu banglo mewah Guan Eng yang dilaporkan oleh Pemuda Gerakan negeri pada 16 Julai tahun lalu.

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng telah menyerahkan beberapa bukti berkenaan isu banglo yang terletak di Jalan Pinhorn itu kepada SPRM negeri.

Tiada ulasan: