Ahad, 6 September 2009

Takbir?..Take Beer Keterlaluan?


IQBAL (sabahkini)

“Sejak kalah dalam PRU-12 dan seterusnya dalam siri PRK kecil bermulalah merapunya umno. Semakin terserlah wajah mereka yang sebenarnya. Pekung di badan mereka tanpa segan silu mereka dedah dan pamerkan kepada khalayak ramai. Kewarasan dalam segala tindak tanduk langsung tidak kelihatan. Segalanya hanya mengikut nafsu. Inilah yang pernah Tun Musa Hitam cop sebagai golongan DESPRADO.

Bermula dengan gagalnya mereka untuk mengharapkan sesuatu perselisihan di antara DAP dengan PAS atas isu penjualan minuman keras, di mana persengketaan yang membawa perpecahan tidak menjadi. Mulai saat itu mereka mendapat ilham YANG DIBISIKKAN OLEH IBLIS ke dalam hati mereka, maka terbitlah ungkapan TAKE BEER.

Jelas perbuatan ini menghina Islam secara terang-terang. Yang lebih malang dan memalukan ialah perbuatan ini dilakukan oleh orang melayu ( Islam ). Mereka merasa megah dengan penghinaan berterusan terhadap Islam. Apa saja demonstrasi yang melibatkan umno, akan ada kain rentang .. TAKBIR……TAKE BEER ! Apa yang kita tahu kaki ‘take beer’ sebenarnya adalah di kalangan ahli dan pemimpin umno. Mereka lupa bahwa ada pemimpin mereka yang diketahui umum didapati meminum minuman keras secara terang-terangan. Kerana dah mabuk lalu punggung pelayan wanita yang menghantar air syaitan itu dirabanya.

Perkataan TAKE BEER bersebelahan TAKBIR adalah keterlaluan. Bagi puak-puak ini ISLAM IS NOTHING. Bagi mereka ISLAM hanya satu doktrin bukan wahyu dari ALLAH. Kalau bukan Islam melakukan begini mudah kita fahami kerana kebanyakan mereka adalah golong free thinker alias atheis. Apakah dalam umno juga ramai golongan ini?

Sikap yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa baik polis mahupun jabatan agama sangat-sangat mengecewakan umat Islam. Langsung tiada respon apatah lagi tindakan. Di mana suara para mufti-mufti ? Mana suara mufti Perak yang kononnya sewaktu dianugerahkan TOKOH MAAL HIJRAH menyuarakan dia akan bercakap dan menegur tanpa memilih bulu. Sebab itu mufti-mufti tidak diendahkan oleh ummat. Mereka tak ubah seperti ketua-ketua jabatan yang lain, ikut kehendak umno.

Kita tunggu dan lihat apa lagi yang memalukan dan mencemarkan kesucian Islam yang akan dilakukan lagi oleh golongan merapu ini. Kerja terkini yang hanya akan dibuat oleh mereka yang bersekolah ialah mengusung kepala lembu.


Tiada ulasan: