Jumaat, 7 Ogos 2009

Koroner lawat lokasi Teoh mati

MALAYSIA KINI


Inkues hari ketiga kematian Teoh Beng Hock bermula dengan lawatan ke bangunan Plaza Masalam tempat mendiang ditemui mati pada 16 Julai lalu.

Teoh ditemui sehari selepas dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut untuk disoal siasat sebagai saksi dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor.

Inkues tersebut didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam. Seramai 97 saksi dijangka dipanggil memberi keterangan berhubung kematian penuh tanda tanya ini.

Peguam dari Majlis Peguam tiba pada kira-kira jam 9.10 pagi di Plaza Masalam untuk memeriksa tempat kejadian.

Manakala pegawai penyiasat kes tersebut ASP Ahmad Nazri Zainal tiba sepuluh minit kemudian.

Kemudian tiba pula peguam yang mewakil keluarga Teoh - Gobind Singh Deo, Ram Karpal dan Lim Lip Eng.

Turut kelihatan, para wartawan dan jurugambar yang berhimpun di depan pejabat SPRM di tingkat 14.

Kira-kira 25 minit, para peguam, pegawai mahkamah dan polis kelihatan menuju ke pejabat SPRM itu.

Manakala koroner tiba di Plaza Masalam lima kemudiannya dan terus menuju ke tingkat 14 di mana peguam, pegawai mahkamah sedang menunggu di pejabat SPRM.

Manakala Tan Hock Chuan, yang mewakili peguam negara, tiba sejurus kemudian.

Kira-kira jam 10.05 minit pagi, wartawan dapat melihat koroner dan peguam menjenguk keluar dari tingkat di tingkat 14 - tempat Teoh didakwa jatuh.

Azmil Muntapha meninggalkan bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.15 pagi.

Inkues yang masuk hari ketiga disambung Isnin depan.

Tiada ulasan: