Khamis, 6 Ogos 2009

Dr Hasan perlu beri penjelasan'

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Pas Pusat akan mendapatkan penjelasan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung desakan beliau supaya kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dikaji semula.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub, berkata penjelasan itu penting supaya tidak timbul salah faham dan kekeliruan mengenai maksud sebenar desakan itu.

Katanya, untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai perkara itu beliau akan bertemu dengan Hasan dalam waktu terdekat bagi mendengar sendiri dalam konteks apakah desakan itu dibuat.

Saya akan dapatkan penjelasan daripada beliau (Dr Hasan) mengenai kenyataan itu. Kita perlu dapatkan pengesahan dan dengar sendiri daripada mulut beliau apa yang sebenarnya dicakapkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

"PAS juga perlu dapat penjelasan dalam konteks apa dia cakap. Ini penting supaya tidak timbul salah faham daripada kenyataan yang dikeluarkannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas mengenai tindakan Hasan itu berkata, terpulanglah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menangani isu itu kerana ia berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Mahfuz berkata, PAS pusat tidak akan campur tangan kerana soal pelantikan seseorang exco dan keputusan mengenai portfolio yang dipegang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar.

"Saya tak nak komen sama ada betul atau tidak tindakan itu. Semua portfolio di bawah bidang kuasa Menteri Besar dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan tetapi bagi isu seperti mencampuri urusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dibawa berbincang sesama rakan Pakatan Rakyat supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari, "katanya.

Tiada ulasan: