Khamis, 20 Ogos 2009

Ambil tindakan ke atas Nik Aziz

UTUSAN ONLINE


MELAKA - Majlis Fatwa Kebangsaan disaran mengambil tindakan ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, majlis itu yang bersidang semalam berpendapat kenyataan Nik Aziz mengenai penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana mengamalkan ajaran Islam palsu adalah sesuatu yang menyeleweng.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu terhadap UMNO sejak akhir-akhir ini jelas boleh mengelirukan umat Islam.

''MAIM berpendapat Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan ke atas Nik Abdul Aziz kerana kenyataan beliau menyentuh soal hukum agama dan akidah umat Islam hingga boleh mengelirukan semua pihak.

''Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu memang cukup jelas menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan 5,000 Jalur Gemilang dan 5,800 penutup hidung dan mulut kepada orang ramai di Melaka Sentral di sini semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Puteri UMNO Melaka dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Sungai dan Pantai Negeri.

Tiada ulasan: