Isnin, 10 Ogos 2009

20 pengikut ajaran sesat ditahan

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL- JABRI


SEBAHAGIAN pengikut ajaran sesat yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bersama polis di Taman Perindustrian Oakland, Seremban, semalam.

SEREMBAN 9 Ogos - Seramai 20 pengikut ajaran sesat ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama polis di Taman Perindustrian Oakland, Seremban 2 di sini hari ini.

Dalam operasi yang bermula pukul 11 pagi itu, kesemua mereka terdiri daripada lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an sedang asyik mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang 'pendakwah' berusia 28 tahun di sebuah rumah kedai di kawasan berkenaan.

Ketua Operasi JHEAINS, Mohd. Zul Sidek memberitahu, kumpulan tersebut dipercayai berada di premis itu sejak semalam dan bermalam di situ kononnya untuk proses 'tarbiah'.

"Hasil risikan yang dibuat sejak beberapa hari lalu, kami mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kumpulan yang mencurigakan di kawasan Taman Perindustrian Oakland," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi yang turut disertai pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu turut menahan pendakwah berkenaan untuk disoal siasat.

"Kami masih menyiasat latar belakang kumpulan ini dan ajaran yang dibawanya. Sebagai maklumat awal, kami dapati ketua mereka tidak mempunyai sebarang tauliah untuk mengajar agama di negeri ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, kumpulan itu mempunyai persamaan dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan di Indonesia iaitu Negara Islam Indonesia (NII). NII dikatakan membawa ideologi antikerajaan serta menolak al-Quran dan Hadis.

Mohd. Zul memberitahu, kumpulan ini dipercayai bergerak aktif di sekitar kawasan Lembah Klang dan Selangor.

"Kumpulan ini mula dikesan pada tahun 1998 dan bergerak aktif pada tahun 2003 di sekitar Ampang dan beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor dengan pengikut lebih 2,000 orang. Ini merupakan kes pertama yang dikesan di Negeri Sembilan.

"Hasil serbuan yang dilakukan ini, kami dapati kumpulan itu cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjadikan markas mereka di sebuah premis yang tersembunyi," katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003. Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, pengikut ajaran sesat itu terdiri daripada golongan belia dan profesional.

Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan lanju

Tiada ulasan: