SETIU: Gara-gara jambatan Kampung Sri Bayas di sini ditenggelami banjir, khidmat sepasukan anggota bomba dikerahkan bagi membantu membawa jenazah warga emas ke tanah perkuburan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah, Mohd. Razli Rapiae berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan untuk menyeberangi sungai pada pukul 10.15 pagi.
Katanya, jenazah wanita berusia 86 tahun yang meninggal dunia kerana sakit tua itu kemudian dibawa keluar menggunakan bot dengan kekuatan seramai 10 anggotanya.
“Operasi memindahkan jenazah selesai pada pukul 11.50 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Razli, operasi itu turut dibantu masing-masing empat anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan