Sabtu, 1 Januari 2022

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat tahun baharu

BH ONLINE
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat tahun baharu. - Foto FB Istana Negara
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat tahun baharu. - Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

"Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan," zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.

Berbeza daripada kelaziman, sambutan tahun baharu kali ini disambut dengan solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.

Ini susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan sambutan Tahun Baharu 2022. – BERNAMA

Tiada ulasan: