HARAKAHDAILY
PADA 26 Sept 2013 DYMM Sultan Selangor pernah
bertitah bahawa Chin Peng adalah musuh negara. Nyawa anggota keselamatan
Tentera dan Polis telah terkorban termasuklah orang awam dibunuh dan
menderita akibat tindakan pengganas Kominis yang dipimpin Chin Peng.
Titah Tuanku lagi jangan sekali-kali kita menggadaikan maruah dan harga diri hanya kerana mahu sokongan dan populariti.
Itu 6 tahun dahulu.
Kini atas desakan penyokongnya Kerajaan PH mengizinkan abu mayat si
pengkhianat ini dibawa pulang dan telahpun ditaburkan di perairan Lumut
dan Banjaran Titiwangsa beberapa hari lalu.
Semasa hidupnya
Chin Peng merupakan Setiausaha Agung Partai Kominis Malaya. PKM setelah
diharamkan British pada tahun 1948 memilih untuk angkat senjata bagi
meneruskan perjuangan.
Cita-cita PKM mahu menegakkan sebuah Republik Rakyat Malaya yang beridealogi Sosialis Komunisma.
Mereka berperang dan kemudiannya melancarkan serangan Gerila terhadap
kerajaan sejak sebelum Merdeka hinggalah termeterai Perjanjian Damai
Hatyai 1989.
Chin Peng dan PKM bertanggungjawab mencetuskan
huru-hara dan menumpahkan darah termasuklah anak bangsa dengan penuh
kejam tanpa perikemanusiaan sepanjang zaman keganasan mereka. Sepanjang
hidupnya beliau tidak pernah memohon maaf atas tindakannya.
Prof Madya Kumar Ramakrishna dari Universiti Teknologi Nanyang mencatatkan keganasan puak PKM ini:
“In
Johore, guerrillas shot dead a Chinese squatter, hacked his wife to
death with a parang, set their hut alight and threw their eight-year-old
daughter into the flames.”
“Di Johor pengganas menembak
mati seorang setinggan keturunan Cina, menetak mati isterinya dengan
parang, membakar pondok mereka dan mencampak anak mereka berusia 8 tahun
ke dalam api.”
“In Perak, Chin Peng’s men hammered a nail through a Chinese girl’s head.”
“Di Perak, orang-orang Chin Peng memaku sebatang paku menembusi kepala seorang anak gadis Cina.”
“At Pantai Seremban, two young men were battered to death by guerrillas wielding cangkuls.”
“Di Pantai, Seremban, dua lelaki dibelasah hingga mati oleh pengganas yang bersenjatakan cangkul.”
“Even
captured guerrillas admitted that the tortures were “too horrible for
description”, while a late 1952 police report noted that this “senseless
cruelty” was typical of “hundreds of similar incidents” throughout the
country.”
“Malah para pengganas yang ditangkap mengakui
bahawa penyeksaan yang mereka lakukan terhadap mangsa mereka terlalu
dahsyat untuk diceritakan. Mengikut satu laporan polis di penghujung
tahun 1952, tindakan tidak berperikemanusiaan ini begitu meluas sehingga
ratusan kes yang sama dilaporkan seluruh negara.
Dan kalau kita kunjungi FB Pasukan Komando VAT69 disenaraikan lagi keganasan PKM pimpinan Chin Peng ini:
1. 6 Jun 1974 pengganas Kominis menembak mati Ketua Polis Negara dalam kenderaannya di KL menuju Bukit Aman.
2. 26 Ogos 1975 mereka mengebom Tugu Negara
3. 2 minggu kemudian bulan September 1975 mereka melemparkan bom
tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan PPH di Jln Pekeliling KL.
Membunuh 2 anggota Polis dan mencederakan 41 yang sedang berlatih kawad.
4. 13 Nov 1975 Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong dan pemandunya ditembak mati di Ipoh.
5. Antara 1969 hingga 1974 seramai 395 anggota keselamatan telah terkorban angkara PKM manakala 919 lagi tercedera.
6. Antara 1968 hinhga 1982 seramai 70 orang awam terkorban manakala 75 lagi tercedera.
Dan Kerajaan PH tanpa memikirkan sensitiviti mereka yang terkorban,
tercedera demi negara, kaum keluarga yang menderita telah mengizinkan
abu mayat pengkhianat dan musuh nombor satu negara,
Chin Peng dibawa
pulang dari negara jiran untuk ditaburkan di bumi bertuah yang beliau
cetuskan keganasan dan pembunuhan sepanjang mengetuai parti pengganas
PKM.
Ini bukan isu kecil. Ini sebagaimana titah Tuanku Sultan
Selangor, isu maruah dan harga diri negara, pasukan keselamatan dan
rakyat Malaysia.
Sungguh PH khianat dan tidak bertanggungjawab! – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan