Umno dalam usaha
memulihkan masalah kewangan penerbitannya Utusan Melayu, kata
timbalan presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, Mohamad
Hasan.
“Umno sedang
berusaha untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Utusan,”
katanya ringkas dalam pesanan Whatsapp kepada Malaysiakini.
Mohamad berkata
demikian mengulas desakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang
menggesa Umno sebagai pemilik perlu mengambil tanggungjawab terhadap
kemelut kewangan akhbar itu.
Isnin lalu,
pekerja Utusan menggesa bekas anggota parlimen Kulim Bandar Baru
Abdul Aziz Sheikh Fadzir kembali menjadi pengerusi akhbar tersebut.
Ini selepas Aziz
meletak jawatan secara tiba-tiba, menyebut komitmen perniagaan
peribadi sebagai alasannya.
Peletakan
jawatannya sebagai pengerusi Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB)
diumumkan kepada Bursa Saham Malaysia pada 13 Disember 2018.
Minggu lalu,
syarikat itu mungkir bayaran pertama kepada 700 orang pekerjanya yang
bersetuju mengikuti skim pemberhentian kerja sukarela (VSS).
Beberapa tahun
ini, Utusan mengalami kemerosotan edaran akhbarnya tetapi syarikat
itu tetap mendapat hasil iklan daripada syarikat berkaitan kerajaan
(GLC).
Bagaimanapun,
selepas BN tewas pada PRU14, Utusan tidak lagi menerima manfaat
berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan