Jumaat, 3 Ogos 2018

Salah besar jika Peguam Negara tak fasih bahasa Melayu

Oleh Athirah Huda Zalhe

Ramai peguam, hakim tidak akur dan mengikut peruntukan undang-undang


BANGI – Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid berkata, menjadi satu kesalahan besar jika Peguam Negara tidak fasih bertutur dan menggunakan bahasa Melayu.

Beliau berkata, Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan jelas memperuntukkan bahawa bahasa Melayu mesti digunakan dalam semua prosedur di mahkamah, kecuali jika kepentingan keadilan memerlukan sebaliknya.

Aidil berkata, kebanyakan peguam dan hakim tidak akur dan mengikut apa yang diperuntukkan secara jelas di bawah undang-undang berkenaan, walaupun setelah lebih 60 tahun negara merdeka.

“Kalau kita baca Perkara 152 Perlembagaan, ia memperuntukkan secara jelas di mana kita perlu ada suatu proses peralihan selama 10 tahun selepas merdeka. 

“Sebab itu Perlembagaan dalam Perkara 152 menyatakan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan di mahkamah untuk tempoh 10 tahun selepas merdeka. Tetapi selepas tempoh itu tamat, ia menjadi hak Parlimen untuk menentukan,” katanya dalam temu bual khas bersama TV PERTIWI, hari ini.

Ikuti temubual penuh Aidil Khalid mengenai ‘isu Perlembagaan pasca PRU14’ di TV PERTIWI.


Tiada ulasan: