Sabtu, 27 Mei 2017

Kereta Mewah: Tidak Salah Zuraidah “Berlagak”

Suara Kebenaran




Kenyataan Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamarudin semalam bahawa beliau menggunakan kenderaan mewah kerana menjadi wakil rakyat, adalah betul dari segala segi dan tidak boleh dianggap seperti berlagak.

Sebelum ini pun (bulan lepas, sila rujuk disini)  kami telah menyebut bahawa semua wakil rakyat dalam negeri Selangor sudah kaya raya dan Zuraidah hanya mengesahkan sahaja dengan membangkitkan isu beberapa kereta mewah yang dimiliki beliau.

Jadi, soal Zuraidah menggunakan kereta mewah atau tidak, tak perlu dijadikan isu kerana sesiapa yang ada kaitan dengan Pakatan Harapan memang murah rezeki dan senang menjadi kaya.  Jangan kata wakil rakyat, Ketua AMK Ampang seperti Datuk Adam Rosly pun boleh menjadi kaya, inikan pulak Zuraidah, Ketua Cabang dan Ahli Parlimen.

Kalau mahu kelebihan yang sama, alihkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan kekayaan itu juga akan menjadi milik kita semua.

Negeri Selangor yang diperintah PKR hampir sudah tidak ada orang miskin, tinggal beberapa ribu yang menjadi penerima BR1M itu sajalah, yang lain semuanya sudah hidup mewah dan selesa sejak negeri itu diperintah Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: