Jumaat, 3 Mac 2017

Skim Peduli Sihat Selangor Lebih Baik Dari Subsidi Perubatan Persekutuan

 Suara Kebenaran




Sejak dilancarkan Disember tahun lepas, skim Peduli sihat yang dilancarkan kerajaan Selangor telah mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari rakyat Selangor yang pendapatan isi rumahnya RM 3,000 ke bawah.

Menurut jabatan perangkaan, lebih separuh dari keseluruhan 3 juta penduduk Selangor adalah berpendapatan dibawah RM 3,000 dan sudah tentu pengenalan skim ini setelah hampir 10 tahun memerintah negeri, adalah sangat disyukuri rakyat.

Apatah lagi Selangor sedang berhadapan dengan wabak denggi yang tidak kunjung sudahnya.  Pelbagai usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan wabak denggi tidak berjaya mengurangkan jumlah pesakit, kehadiran skim peduli sihat ini adalah bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat Selangor.

Begitu juga dengan sakit buah pinggang.  Dilaporkan kos mencuci darah untuk seorang pesakit buah pinggang adalah sebanyak RM 3,000 sebulan.  Bantuan sebanyak RM 500 setahun dibawah skim peduli rakyat ini begitu banyak membantu pesakit buah pinggang di Selangor mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung.

Klinik swasta yang berdaftar dengan skim ini adalah klinik bertauliah dengan doktor yang berpengalaman.
 Kualiti perkhidmatan yang ditawarkan sudah tentu lebih baik berbanding klinik 1Malaysia yang tidak semua mempunyai doktor, hanya pembantu perubatan sahaja.

Malah sudah ada yang bercakap kualiti perkhidmatan perubatan dibawah Skim Peduli Sihat Selangor ini, adalah jauh lebih berkualiti dari perkhidmatan perubatan kerajaan persekutuan.

Tiada ulasan: