Jumaat, 3 Mac 2017

Harga Minyak Sepatutnya Turun 30 Sen – Rafizi

Suara Kebenaran





Menurut sumber yang dekat dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan itu pernah menyatakan berdasarkan harga purata semasa minyak bagi bulan lepas, harga RON95 dan RON 97 sepatutnya turun sebanyak 30 sen. bukan tidak berubah seperti yang diumumkan semalam.

Info ini katanya diperoleh Rafizi dari sumber dalaman Persatuan Pengusaha Minyak Malaysia (PDAM) yang sekarang diberi kuasa oleh kerajaan untuk membuat pengumuman minyak naik atau turun setiap bulan.

Beliau juga dikatakan turut membuat semakan dengan kadar minyak semasa yang diniagakan di pasaran hadapan Brent dan sebagainya.

Tambah sumber yang sama lagi, Rafizi melihat seolah-olahnya kerajaan cuba membuat untung dengan tidak menurunkan harga minyak 30 sen seperti yang sepatutnya.

Bagi rakyat, perkara ini wajar disiasat dan dipastikan kebenarannya sehingga ke akar umbi kerana rakyat dalam keadaan yang begitu terdesak dengan harga minyak sekarang.

Ia menjejaskan kualiti kehidupan rakyat berikutan lebih banyak wang perlu dikeluarkan untuk kos minyak dan ini begitu membebankan.  Rafizi merasai penderitaan rakyat ini dan bertekad mahu melihatnya berubah.

Satu sidang media mengenai perkara ini akan diadakan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan: