Sabtu, 25 Mac 2017

Dua mangsa culik akan dibawa pulang secepat mungkin

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kementerian Luar sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia untuk membawa pulang dua mangsa culik warga Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina Khamis lepas.
 
Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Abdul Rahim Summas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Filipina sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
 
"Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila," kata Wisma Putra.
 
Kementerian Luar berkata kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Filipina atas usaha menyelamatkan kedua-dua mangsa culik tersebut.
 
Abdul Rahim dan Tayudin, kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu pada awal pagi Khamis.
 
Bagaimanapun, status tiga lagi kru yang turut diculik dalam kejadian tersebut iaitu Fandy Bakran, 26; Mohd Ridzuan Ismail, 32 dan Mohamad Jumadil Rahim, 23 belum diketahui
 
 

Tiada ulasan: