ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru
pada Kongres FAM ke-53 hari ini.
Tunku Ismail menang tanpa bertanding selepas pesaingnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri Khamis lalu.
Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengisi kerusi
Timbalan Presiden selepas masing-masing mendapat 37 dan 33 undi.
Penyandang jawatan itu, Datuk Seri Afandi Hamzah memperoleh enam undi.
Empat kerusi Naib Presiden diisi Datuk S Sivasundaram, Datuk Rosmadi
Ismail, Datuk Ab Ghani Hassan dan Mohd Joehari Mohd Ayub.
Bagi jawatan Exco pula, Datuk Azisman Alias; Datuk Aminuddin Omar;
Datuk Hishamudin Yahaya; Datuk Jefferey Low; Md Dali Wahid; Christopher
Raj; Subkhiddin Mohd Salleh dan Firdaus Mohamed terpilih manakala Exco
wanita dibarisi Datuk Suraya Yaacob dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan