Sabtu, 25 Mac 2017

Rahman Dahlan sedia disiasat SPRM, polis


Datuk Abdul Rahman Dahlan mengulangi ikrar untuk bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadapnya.

Ia selepas dua pemimpin akar umbi DAP, Satees Muniandy dan David Marshall mendedahkan dokumen yang dikatakan menyokong dakwaan mereka bahawa Abdul Rahmah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.

"Saya sangat gembira untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Kita tahu semua dokumen yang diperkatakan mereka (Satees dan David).

"Kami mempunyai pendapat sendiri mengenai dokumen-dokumen ini, dan kita akan tunggu dan lihat dan kita akan berkongsi pendapat kita dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

"Saya amat yakin bahawa pada akhirnya, tidak ada salah laku seperti yang didakwa oleh DAP dalam isu ini," kata Abdul Rahman, yang kini merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi

Tiada ulasan: