Jumaat, 24 Mac 2017

Dua maut rempuh treler di LPT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
TEMERLOH: Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki merempuh belakang sebuah treler berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 113.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, hari ini. 
 
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, pemandu, Eng Jaa Jaan,19, dan Lai Kok Mun,32, masing-masing dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian. 
 
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Tajuden Ibrahim, berkata mangsa dalam perjalanan ke Kuantan dari Kuala Lumpur ketika kejadian. 
 
"Sebaik tiba di tempat kejadian, Jaa Jaan dipercayai tidak sempat mengelak sebuah treler dipercayai rosak yang berhenti di lorong kecemasan," katanya di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 6.39 pagi. 
 
Katanya, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). 
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusuf Ali, berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
 

Tiada ulasan: