Rabu, 8 Mac 2017

167 kes penyalahgunaan internet disiasat setakat Feb ini – KKMM

THE MALAYSIAN TIMES

174654925-600x3601


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat 167 kes penyalahgunaan internet dan media sosial antara tahun lalu hingga 1 Feb tahun ini, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

KKMM berkata kes yang disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu melibatkan antaranya penyebaran kandungan dan maklumat palsu melalui platform WhatsApp, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Dalam tempoh sama, 1,375 laman telah disekat kerana kesalahan kandungan berunsur palsu, kata KKMM dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi menjawab soalan lisan daripada Tan Sri William Mawan Ikom (BN-Saratok) yang meminta kementerian menyatakan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih atau palsu menerusi laman sosial.

Menjawab soalan Anyi Ngau (BN-Baram) mengenai rancangan kementerian agar kemudahan perhubungan menerusi telefon bimbit dapat dinikmati di semua perkampungan di kawasan Baram, Sarawak, KKMM berkata 33 menara komunikasi baharu telah dibina dan diaktifkan di kawasan parlimen berkenaan.

Dua lagi dijangka siap pada suku kedua tahun ini manakala empat yang sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G di kawasan parlimen itu.— Bernama


Tiada ulasan: