shahbudindotcom
Perdana
Menteri, Najib Razak menegaskan, beliau tidak akan menutup mata dan
berdiam diri berhubung penderitaan umat Islam Rohingya di Myanmar.
Berucap
di Himpunan Solidariti Rohingya yang turut dihadiri oleh Presiden Pas,
Hadi Awang, Najib yang dicemuh dunia kerana skandal 1MDB dan wang
beribu-ribu juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya berkata, Malaysia
akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi golongan
etnik Rohingya itu.
"Apa
mereka nak kita buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata?
Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak membisu
sebab mereka ini mesti kita bela.
"Kita
bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah
manusia, mereka ada hak. Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang
habis-habisan," ucap Najib lagi.
Perghhhhh.....
Tapi apa yang sudah Malaysia lakukan setakat ini?
Sudahkah ditamatkan hubungan diplomatik? Sudahkah dipanggil duta Myanmar untuk disampaikan nota bantahan?
Sudahkahkah bantuan kemanusian dihantar ke Myanmar? Sudah berapa juta telah disumbangkan?
Apakah
nasib pelarian Islam Rohingya yang ada di negara kita? Adakah pernah
disediakan khemah pelarian atau lain-lain bantuan dijanjikan untuk
mereka?
Mengapa usul khas berkaitan Rohingya di Parlimen yang dikemukakan oleh Raja Bahrin Shah ditolak begitu saja?
Jika usul ditolak, kenapa berhimpuan jadi galak?
Sejak bila kerja kerajaan bertukar daripada bertindak melalui kuasa yang ada kepada berhimpun dan menjerit semata-mata?
Bagaimana
dengan pekerja asing bukan Islam Myanmar di negara kita yang antaranya
menguasai Pasar Borong Selayang dan menjadi samseng di sana?
Apa tindakan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menanganinya?
Sebagai kerajaan yang berkuasa, kenapa Najib tidak bertindak apa-apa setakat ini?
Mengapa
Najib mengatakan beliau tidak gentar dengan gertakan Myanmar yang
mungkin mengambil sesuatu tindakan berikutan himpunan yang diadakannya
ini?
Bukankah
Malaysia yang sepatutnya menggertak Myanmar dan mengambil langkah ke
depan dengan memutuskan hubungan diplomatik itu terlebih dahulu?
Apa
kata kita tunggu lagi seminggu, dua minggu atau sebulan selepas ini
untuk mengetahui tindakan Najib dan kerajaan yang seterusnya terhadap
Myanmar dan umat Islam Rohingya?
Atau enam bulan dan mungkin setahun lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan