shahbudindotcom
Siapa Pengkhianat? KJ dan Pemuda UMNO, bukan Tun M.
1.
Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh
billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi
pemuda hero Melayu?
2. Malulah kepada pemuda2
Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina
tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho
Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?
3. KJ
pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah
Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah
hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan
keyakinan dunia pada kita.
4. KJ tidak faham
mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka
mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada
Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.
5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.
6.
Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak
tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda
UMNO ini panggil dia pengkhianat?
7. Kamu
biarkan seorang pemuda Cina Jho Low ini belasah duit rakyat kita,
ranap dan siat maruah negara kita. Kamu jilat lagi pemimpin yang
lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan
berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu,
kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat, apa
lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?
Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan