shahbudindotcom
Tidak
menunggu lama, Tun Mahathir Mohamad pantas menjawab sebahagian kritikan
dan serangan yang ditujukan terhadapnya sepanjang Perhimpunan Agung
UMNO yang sedang berlangsung sekarang.
Menulis
di blognya, sambil menyifatkan Melayu UMNO sebagai kelompok yang mudah
lupa, mereka kata beliau, sudah lupa kepada perjuangan untuk agama,
bangsa dan negara kerana terlalu menyembah kepada duit.
"Dengan
kata lain, ahli UMNO yang terus menyokong Najib Razak adalah bersubahat
dalam melesapkan berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.
"Makanlah
duit haram hasil menjual agama, bangsa dan negara itu," kata Tun
Mahathir yang baru kembali dari luar negara, malam semalam.
Aduhh...bisanya serangan balas Tun Mahathir kali ini.
Tak
terasa apa-apakah mereka apabila mengetahui sumber haram sedang
mengalir dalam darah daging dan kemudian dikongsi makan pula bersama
anak, isteri, cucu dan saudara-mara?
Ikuti tulisan penuh Tun Mahathir seperti di bawah ini. (SH 02/12/2016).
1.
Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah
dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi
sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan
mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya
menghasilkan Kerajaan otokratik.
2.
Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga
keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan
berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.
3.
Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya
ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada
kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahaja.
4. Dengan tambahan sedikit sahaja pengundi dari kawasan kubu kepada kawasan kalah, kemenangan mudah dicapai.
5.
Sogokan wang dan barangan juga boleh menentu kemenangan. Biasanya
dibuat secara rahsia kerana ia menyalahi undang-undang, tetapi jika
Kerajaan boleh menghalang segala tindakan undang-undang terhadapnya,
sogokan boleh dibuat secara terbuka oleh parti Kerajaan. Jika ada
laporan dan dakwaan bahawa sogokan telah berlaku, ketua polis dan
pendakwa raya boleh mengenepi atau menutup dakwaan itu. Mahkamah tidak
akan dapat mendengar kes itu.
6.
Mungkin juga orang yang membuat laporan dimasuk dalam tahanan dan
dihadapkan ke mahkamah. Setelah ini berlaku tiada akan ada lagi sesiapa
yang akan membuat laporan.
7.
Orang asing juga boleh diguna untuk mengundi parti yang berkuasa.
Katakanlah terdapat ramai orang asing yang berada dalam negara kerana
sebab-sebab tertentu, mereka ini boleh diberi kad pengenalan warganegara
dan didaftar sebagai pengundi. Sudah pun dikesan orang asing yang
memiliki pasport negara lain tetapi mempunyai kad pengenalan Malaysia.
8.
Dengan sogokan juga pegawai dan kakitangan boleh mengambil bahagian
dalam penipuan ini. Pekerja dalam pengurusan pilihanraya boleh juga
disogok supaya bekerjasama dan tidak melapor penyelewengan yang berlaku.
Jumlah undi pun boleh ditipu semasa dikira.
9. Mereka yang bersubahat seperti ini boleh dilindungi oleh pihak yang berkuasa. Mereka tidak akan didakwa.
10. Apabila diisytihar keputusan pihak yang tidak puas hati boleh membantah. Mereka boleh berdemo.
11.
Tetapi selagi ketua pihak penguatkuasa undang-undang dan pendakwaraya
menolak segala dakwaan penipuan dan bantahan oleh rakyat sia-sia
sahajalah usaha yang dibuat.
12.
Parti yang menang secara penipuan akan dirikan Kerajaan dan akan terus
menipu dan melesapkan duit rakyat. Ini sudah pun berlaku.
13.
Demokrasi memang sistem yang terbaik tetapi demokrasi boleh disalahguna
dan salahlaku sehingga wujud diktator demokratik – atau lebih tepat
lagi kleptokratik. Demikianlah wang boleh menghapuskan semangat sayang
kepada bangsa, negara dan agama.
14.
Untuk mengelak semua ini berlaku terdapat hanya satu cara sahaja.
Rakyat sebagai pengundi, kakitangan dan pegawai mestilah menolak dengan
sekeras-kerasnya RASUAH dalam apa bentuk sekalipun.
15.
Apa juga yang diterima dan boleh ditakrif sebagai rasuah adalah haram –
haram di dunia dan haram di akhirat. Islam, agama-agama lain dan
masyarakat mengutuk rasuah. Percayalah rasuah tetap akan memburukkan
nasib semua dari kita termasuk dan lebih-lebih lagi mereka yang menerima
rasuah.
16.
Janganlah sesiapa berkata oleh kerana rasuah tidak termasuk dalam hukum
hudud, dianya akan dibalas hanya di akhirat sahaja. Dia tidak menjadi
kesalahan di dunia. Oleh itu terimalah rasuah sebagai rezeki.
17.
Sebenarnya balasan di dunia akan dirasai oleh semua kerana rasuah,
selain dari menjadi beban kepada masyarakat tetap akan menghancurkan
negara.
18.
Melayu UMNO mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan Agung
UMNO dahulu. Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama
seperti perjuangan UMNO di waktu ia ditubuh. Yang mereka ingat hanyalah
duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit.
Pilihanraya kali ini
akan memperlihat duit-duit yang dicuri dikongsi bersama oleh mereka
yang terus menyokong Najib. Dengan perkataan lain ahli UMNO yang terus
sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit Kerajaan (duit
rakyat) berbilion-bilion Ringgit.
19. Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan