Khamis, 1 Disember 2016

3 mati, wartawan RTM cedera tembakan rambang di Pulau Pinang

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tempat kejadian tembakan rambang berhampiran pusat komersial E-Gate, lebuh raya Jelutong Express. Tempat kejadian tembakan rambang berhampiran pusat komersial E-Gate, lebuh raya Jelutong Express.


Tiga meninggal dunia termasuk seorang 'Datuk', manakala wartawan sambilan RTM cedera parah akibat tembakan rambang berdekatan pusat komersial E-Gate, Lebuhraya Tun Lim Chong Eu, Pulau Pinang petang ini.

Suspek kes tembakan rambang yang berjaya diberkas polis.Suspek kes tembakan rambang yang berjaya diberkas polis.Jurukamera sambilan RTM itu dilaporkan cedera parah di bahu kiri akibat ditembak individu tidak dikenali.

Menurut BH Online, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mangsa Mohamad Amirul Amin Amir, 27, dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya menuju ke Tapak Pesta Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

Mohamad Amirul kini berada di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India dikatakan mati terkena tembakan itu.
Manakala seorang lelaki Cina, seorang perempuan Cina dan seorang India Muslim lain tercedera.

Seorang penunggang motosikal turut menjadi mangsa tembakan ini.Seorang penunggang motosikal turut menjadi mangsa tembakan ini.
Menurut saksi kejadian yang juga seorang wartawan, Zainul Fakar Yaakub, beliau terpaksa menempuh kesesakan trafik di Jelutong Expresway itu dalam perasaan penuh cemas.

Beliau berkata, seorang suspek kes tembak ini berjaya ditahan oleh polis.

Bagaimanapun polis masih belum dapat mengesahkan motif kejadian ini.

Tiada ulasan: