Jumaat, 4 November 2016

S'gor rancang bina kompleks Islam di semua daerah

HARAKAHDAILY 


 


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dalam perancangan membina Kompleks Islam Daerah merangkumi komponen Pejabat Agama Islam Daerah, Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pembinaan kompleks itu bertujuan mewujudkan pusat setempat di semua daerah bagi pengurusan hal ehwal agama Islam.

“Mengikut perancangan jangka masa panjang dan keperluan di daerah, kerajaan negeri merancang untuk membina Kompleks Islam Daerah di semua daerah," ujarnya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata, pengisian bagi kompleks itu merangkumi pengurusan dan aktiviti agensi di peringkat daerah termasuk pengurusan pendaftaran perkahwinan, pengurusan sekolah yang berada di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Juga pengurusan masjid dan surau, penerimaan aduan dan urusan lain yang melibatkan hal ehwal agama islam di peringkat daerah,” katanya yang turut menganggarkan kos pembinaannya menelan belanja sekitar RM30 juta.


Tiada ulasan: