shahbudindotcom
Kehkehkeh....macam nak ketawa panjang rasanya kali ini...
Ketika
berada di Jepun, Najib dilaporkan memberitahu media di sana bahawa
beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap
1MDB.
Katanya,
selain mengarahkan beberapa agensi kerajaan menjalankan penyiasatan,
beliau juga secara konsisten mahu tindakan undang-undang diambil jika
sebarang kesalahan dapat dibuktikan.
Kahkahkah...susah pulak nak berhenti ketawa ini, terasa luar biasa gelihatinya!
Sedapnya
Najib bercakap di luar negara seolah-olah beliaulah satu-satunya
manusia suci dan benar-benar mahukan kebenaran berkaitan kemelut 1MDB,
sedangkan di negara sendiri, beliau seringkali melarikan diri dan tidak
membenarkan ditanyakan soalan waima di Parlimen sekali pun.
Benarkah Najib orang pertama mahukan siasatan dijalankan?
Jika
tiada desakan kuat daripada pihak pembangkang, media bebas dan rakyat
yang saban hari bercakap dan mempersoalkan mengenai 1MDB, apakah mungkin
Najib sendiri sedia membuka ruang ke arah itu?
Setelah siasatan dijalankan pula, apa hasilnya?
Kenapa begitu banyak pemecatan dan kacau ganggu berlaku semasa siasatan berkaitan 1MDB sedang berjalan?
Kenapa Najib hanya berani mengatakan tentang penyiasatan 1MDB saja, tetapi tidak hasilnya?
Bukankah yang lebih penting ialah hasil penyiasatan itu?
Siapa yang sudah didakwa dan dibawa ke mahkamah dan siapa pula yang seolah-olah diberi perlindungan?
Kenapa
di Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah ternampak kemajuan
dalam penyiasatan 1MDB, malah sudah ada yang didakwa, dibicara dan
dihukum, tetapi di Malaysia masih belum ternampak tanda-tanda positifnya
lagi?
Mengapa
Peguam Negara Malaysia yang baru dilantik enggan memberi kerjasama MLA
kepada pihak berkuasa Switzerland dan menolak dua kali permohonan SPRM
di bawah kepimpinan lama untuk mendapatkan maklumat dan dokumen di luar
negara?
Lebih
dari itu, kenapa bukan saja laporan audit 1MDB itu kekal diOSAkan,
bahkan yang bercakap tentang kebenaran pula yang dihukum dan
dipenjarakan?
Soalnya,
kenapa Najib hanya berani menceceh di luar negara, tetapi sering lari
dan berselindung di ruang yang sah di negara sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan