ULASAN Hari ini,
Jumaat, 18 November 2016, beberapa jam sebelum bermulanya perhimpunan
BEERSIH5, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita serbuan polis dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke pejabat BERSIH.
Polis menggunakan Seksyen 124C Kanun Jenayah yang
menyebut sesiapa yang menganjurkan aktiviti memudaratkan sistem
demokrasi berparlimen atau seumpamanya, boleh dikenakan hukuman penjara
sehingga 15 tahun.
Polis juga mengambil telefon bimbit para petugas pejabat
dan tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan orang luar. Polis
menghalang peguam BERSIH daripada memasuki premis itu.
Kita dapat lihat betapa tenatnya sistem demokrasi negara
kita. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan
berhimpun dan bersuara.
Sekiranya terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang itu akan terbatal.
Sekiranya terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang itu akan terbatal.
Kedua, polis menghalang hak petugas dalam pejabat BERSIH daripada berkomunikasi dengan pihak luar ataupun peguam mereka.
Sedangkan jika kita merujuk hak-hak orang yang ditahan seperti tertulis dalam seksyen 28A (2)(a) dan 28A (2)(b) Kanun Acara Jenayah, mereka berhak berkomunikasi sama ada dengan saudara atau rakan dan berkomunikasi bersama peguam pilihan mereka.
Jika diteliti, himpunan BERSIH langsung tidak memudaratkan sistem demokrasi berparlimen. Malah, perhimpunan BERSIH inilah yang cuba mengembalikan kuasa demokrasi berparlimen yang sebenar.
Lihat sahaja kepada tuntutan BERSIH. salah satunya adalah mengembalikan kembali demokrasi berparlimen.

Bukan sahaja pejabat BERSIH diserbu, dua orang kuat
BERSIH iaitu pengerusinya Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariatnya
Mandeep Singh ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD)
Petaling Jaya.
Untuk apa mereka ditahan? Sejauh mana seorang perempuan itu mampu mengganggu demokrasi negara? Jelas dan terbukti bahawa demokrasi kita sedang tenat dan berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh dan pecah berderai.

Perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan haram yang
sering diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan takutkan suara
rakyat. Perhimpunan aman ini, mendukung suara rakyat agar pilihan raya
dijalankan secara bersih dan adil.
Kebebasan bersuara dan selepas bersuara
Jika sebelum ini, telinga kita pernah disinggahi ayat
“kami beri kepada kamu kebebasan untuk bersuara, tetapi kebebasan
selepas bersuara belum tentu”.
Namun, hari ini kita melihat, hak kita untuk bersuara telah disekat, walhal suara itu masih belum disampaikan.
Namun, hari ini kita melihat, hak kita untuk bersuara telah disekat, walhal suara itu masih belum disampaikan.
Bukan itu sahaja, BERSIH juga didakwa oleh sesetengah
pihak, terutamanya Ketua Ymno Sungai Besar Jamal Yunos, mendapat dana
George Soros.
Namun, apabila diminta mengemukakan bukti kepada umum, tiada siapa yang berani melakukannya, sama ada Jamal sendiri ataupun menteri.
Namun, apabila diminta mengemukakan bukti kepada umum, tiada siapa yang berani melakukannya, sama ada Jamal sendiri ataupun menteri.
Bercakap soal kumpulan Baju Merah, mengapa polis tidak
melihat kumpulan ini sebagai ancaman kepada negara? Sedangkan ketuanya
telah banyak mengeluarkan ayat-ayat yang mencetus sensitiviti kaum.
Apakah pihak ini dilindungi oleh kuasa besar sehingga polis sendiri takut untuk melakukan apa-apa pada mereka?
Jika BERSIH mahu mengadakan perhimpunan, mereka diarah
memohon kebenaran. BERSIH telah menjalankannya serta mengikut prosedur
ditetapkan.
Namun sedemikian, apakah Baju Merah juga memohon permit
daripada pihak berkuasa? Dan sekiranya mereka memohon permit seperti
BERSIH, pihak berkuasa seharusnya mencadangkan mereka melakukan
perhimpunan balas pada hari, tempat dan masa yang lain.
Tetapi apa yang kita lihat sekarang, pihak berkuasa langsung tidak memberi apa-apa cadangan alternatif kepada Baju Merah.
Seolah-oleh mereka ini diberi restu untuk bertembung dengan BERSIH. Apakah ini demokrasi sebenar yang dimaksudkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa?
Seolah-oleh mereka ini diberi restu untuk bertembung dengan BERSIH. Apakah ini demokrasi sebenar yang dimaksudkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa?
Sampai bila kita mahu dizalimi? Sampai bila kita mahu
ditindas? Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh mereka semua?
Sudah-sudahlah.
Tiba masanya untuk kita turun ke jalan raya dan hidupkan kembali demokrasi yang perlahan-lahan mati.
Tiba masanya untuk kita turun ke jalan raya dan hidupkan kembali demokrasi yang perlahan-lahan mati.
Penangkapan Maria Chin dan Mandeep Singh ini tidak akan
mematahkan semangat kami untuk turun ke perhimpunan aman BERSIH5 esok,
19 November 2016.
Ayuh rakyat Malaysia, kita turun ke BERSIH5!
Ayuh rakyat Malaysia, kita turun ke BERSIH5!
ALUMNI BERSIH BOOT CAMP (BBC) sebuah program pendidikan
BERSIH untuk mempelajari asas-asas demokrasi, pilihan raya dan
mobilisasi besar-besaran yang bertujuan untuk menyediakan sukarelawan
dan aktivis masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan