shahbudindotcom
Mereka
yang berpijak di bumi nyata dan berpaksi kepada realiti, tentunya
bersimpati dengan gaya politik usang Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa
ini.
Lagi-lagi yang dilihatnya sebagai masalah dan ancaman kepada negara dan orang Melayu ialah DAP.
Semalam,
beliau berteori bahawa DAP sedang menyusup ke dalam parti-parti
pembangkang lain untuk menjadi dominan dengan kuasa di sebaliknya
kerananya akan terus menyebabkan orang-orang Melayu berpecah sesama
sendiri.
Kenapa DAP perlu dibimbang dan ditakuti?
Sudah berapa banyak duit negara disonglap dan tanah rizab Melayu dijual oleh DAP?
Apakah
hutang negara, beban 1MDB, penyeluk saku GST, penarikan subsidi dan
segala-galanya yang menyusahkan rakyat selama ini diakibatkan oleh DAP?
Sejak
DAP memerintah Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan Pakatan
Harapan di Selangor, sudah berapa ramai Melayu menderita, tiada makan
minum, tanah dan rumah kena rampasan serta bunuh diri kerana menanggung
derita dalam kehidupan?
Selain
itu, apakah parti-parti lain tidak ada kekuatan dan jumlah pemimpinnya
sendiri untuk menjadi calon dalam piliharaya akan datang sehingga
terpaksa bergantung kepada "wakil-wakil" DAP yang didakwanya menyusup
itu?
Gaya
politik usang Annuar ini tidak lain ialah untuk menimbulkan kesangsian
kepada kekuatan parti-parti pembangkang yang terus menerus semakin
menyerlah di hati rakyat sekarang ini.
Malangnya, Annuar seperti terlupa dengan hakikat bahawa kini adalah zaman millenium, bukan lagi era 70an atau 80an.
Politik
perkauman dan percubaan menimbulkan kesangsian kerana warna kulit sudah
semakin lupus dan tidak lagi diterima. Jika DAP dilihat sebagai
ancaman, Annuar seharusnya lebih bimbang dengan sikap lunak Najib
terhadap negara China dengan pergantungan yang tiba-tiba dan keterlaluan
kerana walaupun negara tersebut sudah mengamalkan dasar ekonomi bebas,
fahaman politiknya masih lagi komunis.
Jika
DAP dianggap merbahaya, apakah Jho Low yang merupakan rakan karib Najib
tidak lebih lagi bahayanya kepada rakyat dan negara?
Kiranya
Annuar masih meletakkan otaknya dalam kepompong era 70an atau 80an,
harus diingatkan kepadanya bahawa masalah sebenar yang dihadapi Malaysia
sekarang bukanlah DAP atau penyusupan yang mungkin dilakukannya.
Rakyat tidak bodoh untuk menilai wajah sebenar DAP, sejarahnya serta berapa banyak kerusi yang akan ditandinginya.
Masalah
seluruh rakyat, seperti kata Lim Kit Siang, ialah "PPP" iaitu
"pencuri, perompak dan penyamun" sehingga hala tuju negara sudah
bertukar dan dikenali di seluruh dunia sebagai negara kleptokrasi.
Ancaman
"PPP" ini pula tidak mengenal bangsa dan warna kulit. Membujur lalu dan
melintang patah, semua disapunya. Adakah ia diakibatkan oleh DAP?
Apakah "PPP" serta kleptokrasi akan lebih meluas jika penyususan DAP
itu berlaku?
Bagi
majoriti rakyat, kecuali golongan pendedak, inilah yang mereka rasakan
sebagai ancaman berterusan dan merupakan ketakutan sebenar kepada semua
rakyat negara ini. Jika terus diberi kuasa, "PPP" ini dilihat mempunyai
kecenderungan untuk semakin bermaharajalela secara lebih berleluasa
tanpa ada hadnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan