shahnudindotcom
Berkatalah
Najib Razak kononnya perlaksanaan cukai GST sudah mula diterima baik
oleh rakyat kerana menyedari ia adalah penyelamat ekonomi negara.
Hello Pahlawan Bugis...bila pulak rakyat menerima GST dengan baik?
Bukankah seluruh rakyat, tidak kira kaya miskin, orang tua atau budak tadika, sebenarnya dipaksa membayar GST?
Cuba rakyat diberi pilihan antara bayar GST dengan tidak bayar GST, tengok apa pilihan majoriti mereka?
Jika selepas diberi pilihan dan majoriti memilih GST, barulah boleh dikata rakyat menerimanya dengan baik.
Bila pula rakyat setuju GST sebagai penyelamat ekonomi negara?
Kerja pemimpin atau kerja rakyat untuk menyelamatkan ekonomi negara?
Mentang-mentang
dalam akaun peribadi pernah ada wang sebanyak RM2,600 juta, suka-suka
hati pula mengeluarkan kenyataan yang membuatkan rakyat sakit hati!
Dalam
masa yang sama, jika benar rakyat sudah menerima dengan baik cukai GST,
bukankah para peniaga online sendiri dengan rela hati akan mendaftarkan
perniagaan mereka?
Kenapa perlu Jabatan Kastam menggesa secara terbuka peniaga online mendaftarkan perniagaan mereka?
Tidakkah ini seolah-olah memaksa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan