Rabu, 1 Jun 2016

Mufti gesa masyarakat bukan Islam fahami RUU

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad 
 
 
KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menggesa masyarakat bukan Islam memahami kandungan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 sebelum membuat kritikan.

Menurutnya, pembentangan itu tiada kaitan langsung dengan perlaksanaan hudud sebaliknya ia lebih kepada pemerkasaan undang-undang syariah khususnya hukum takzir.

"Saya nasihatkan masyarakat bukan Islam kaji RUU ini, dari sudut Islam, sepatutnya ia sudah lama dibuat bagi meningkatkan keperluan undang-undang Islam,"katanya ketika ditemui selepas sidang Dun, hari ini.

Beliau berkata, RUU sudah menjadi polimik politik pihak-pihak tertentu sehingga menjadi bahan perdebatan.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata, isu tersebut telah disalah tafsir lebih-lebih mereka yang anti hudud.

"Mereka (orang bukan Islam) takut seolah-oleh hudud makin dekat, ini sikap anti hudud, RUU ini tiada kaitan dengan hudud,"katanya.


Tiada ulasan: