Dewan Ulama PAS menyeru rakyat tidak lagi memberi
amanah kepada BN yang mengkhianati amanah rakyat dengan melaksanakan
cukai zalim itu.
PASIR PUTEH: Dewan Ulama PAS mendakwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah diperkudakan kerajaan BN untuk mengharuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mendakwa susulan tekanan daripada BN, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terpaksa bersekongkol untuk turut menyokong pelaksanaan cukai zalim itu kepada rakyat.
“Kesan buruk GST menyebabkan kenaikan harga barang yang melampau. Dengan GST harta rakyat termasuk golongan miskin dirompak secara berlesen sehingga menjangkau jumlah RM42 juta sehari sebagaimana diumumkan oleh kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 di Tok Bali, malam tadi.
Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS menyeru rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan tidak lagi memberi mandat kepada parti yang telah mengkhianati amanah rakyat sebelum ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan