PETALING JAYA: Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam
itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada
pilihan raya umum akan datang.
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan
Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada
Majlis Syura Ulama PAS.
Usul berkenaan antara lain menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak
menghormati PAS dengan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara
(PAN) yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.
“Bermula dengan Langkah Kajang sehingga konspirasi menjatuhkan bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian
PAS tidak dihormati manakala kesucian pakatan pembangkang dicemari
perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS sendiri.
“Walaupun masih ada pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan
pandangan PAS, namun rentetan daripada isu sebelumnya, PKR dilihat lebih
selesa mengambil keputusan tanpa berbincang dengan PAS,” tegasnya
dipetik Berita Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan