Khamis, 17 Mac 2016

Tun Mahathir sampaikan ucaptama Kongres Rakyat 27 Mac ini

HAZAYANI ZAKARIA


Zaid Ibrahim dan barisan urusetia yang bersama  mengumumkan pelaksanaan Kongres Rakyat 2016 yang akan diadakan ada 27 Mac di SACC Shah Alam.Zaid Ibrahim dan barisan urusetia yang bersama mengumumkan pelaksanaan Kongres Rakyat 2016 yang akan diadakan ada 27 Mac di SACC Shah Alam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama di Kongres Rakyat 2016 anjuran Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) pada 27 Mac ini yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula jam 1 hingga 6.30 petang.

Menurut penganjur Kongres Rakyat 2016 Datuk Zaid Ibrahim pihaknya telah memaklumkan kepada polis berkenaan kongres tersebut bagi tujuan keselamatan.

Beliau berkata, selepas kongres berkenaan Dr Mahathir akan mengetuai gerakan turun ke negeri-negeri

“Kami adalah the right force bukan satu, dua atau tiga force,” kata beliau pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Zaid juga menegaskan, himpunan tersebut diadakan di dalam dewan tertutup, bukan himpunan di tempat awam atau perarakan jalan raya seperti didakwa sesetengah pihak yang sengaja memburukkan GSM.

Kongres tersebut akan dihadiri pemimpin dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) wakil kesatuan pekerja dan orang perseorangan yang menyokong Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu.

“Antara kumpulan yang akan hadir ialah ahli dan bekas pemimpin Umno, DAP, PKR, Amanah, Bersih, Abim, Ikram, MTUC, kumpulan pelajar dan golongan muda,” katanya.

Ia bagi merangka tindakan susulan bagi mencapai matlamat mengubah pucauk pimpinan negara yang ada sekarang.

“Kongres ini akan membahas matlamat negara Malaysia yang baru untuk kembali ke arah pemerintahan yang menolak korupsi dan penyalahgunaan kuasa, membina budaya politik yang sihat dan demokratik, urus tadbir yang baik, menghormati dan mematuhi undang-undang, dan tidak kurang pentingnya memulih kembali institusi kerajaan yang boleh berfungsi secara profesional dan penuh integriti,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelancaran tabung Selamatkan Malaysia atas nama Great Country Venture CIMB Bank dengan nombor akaun 8007944402.

“Orang ramai diminta membuat sumbangan sekurang-kurangnya RM10 untuk membiayai segala kegiatan GSM yang diluluskan oleh pimpinan GSM, sama ada peringkat pusat atau negeri.

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia bermurah hati agar segera membuat sumbangan mereka ka akaun ini,” katanya lagi.

Akaun tersebut menurutnya dikendalikan bersama oleh Dr Syed Azman dan seorang lagi akauntan bertauliah.

Sebuah syarikat akauntasi akan dilantik untuk memeriksa penggunaan wang dari akuan ini untuk memastikan ia hanya digunakan untuk membiayai kegiatan dan matlamat GSM.

Tiada ulasan: