Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Lim Teong Kim
mencadangkan pasukan bola sepak kebangsaan dibubarkan dan diambil alih
oleh skuad Projek Sukan Sea 2017 yang terdiri daripada pemain bawah 23
tahun (B-23).
Lim, yang berkhidmat sebagai jurulatih untuk pasukan junior Bayern Munich selama 10 tahun, berkata pemain Harimau Malaya sudah berada di tahap yang tepu atau mungkin ada juga di kalangan pemain yang tidak mahu bermain untuk pasukan itu.
Dengan adanya pasukan B-23, menurut beliau, skuad kendalian jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt itu wajar diangkat sebagai pasukan utama negara.
"Sekarang adakah bermasalah untuk skuad b-23 menjadi pasukan kebangsaan, tiada kan? habis apa masalah?
"Pemain-pemain yang kita ada sekarang dalam skuad kebangsaan, mereka sudah capai satu tahap di mana mungkin kalau ditanya mereka pun mungkin tidak mahu bermain untuk negara.
"Mereka lebih pentingkan kelab, jadi mengapa tumpu kepada orang-orang yang sudah tidak mahu bermain untuk negara," katanya kepada media ketika ditemui di Forum Bola Sepak Malaysia, di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.
Tegas Teong Kim, di samping memberi tumpuan kepada sasaran pingat emas pada Sukan Sea 2017 pasukan B-23 perlu diberi kepercayaan dari awal di samping mengutip sebanyak mungkin pengalaman.
"Biar pemain-pemain ini menerima pengalaman jika sekiranya misi untuk Sukan Sea gagal, mereka akan mengambil temasya itu sebagai satu pengalaman.
"Ini supaya mereka mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dan suatu hari nanti mereka akan menjadi pemain matang untuk skuad kebangsaan," jelasnya.
Mengulas barisan skuad Harimau Malaya sedia ada katanya, mereka hanya diisi oleh pemain sama yang disifatkan tidak dapat mengubah perkembangan bola sepak Malaysia.
"Jadi mengapa membazir dengan mereka. Bagi pemain muda yang ingin bermain, yang ingin mengejar bola, lawan dan mempunyai kemahuan untuk meningkatkan bola sepak negara.
"Jika kita tak beri peluang kepada pemain remaja, bila lagi kita nak bagi peluang kepada mereka? Bila lagi mereka nak belajar berlari kalau kita sentiasa suruh mereka merangkak," ujar jurulatih kelahiran Melaka itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan