Khamis, 14 Januari 2016

Tawan semula Perak untuk kembalikan hak rakyat

rampasan kuasa perak

Oleh Fatih Hassan Nordin


PERAK : Pakatan Harapan perlu menawan semula Perak dari tangan UMNO BN pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 bagi untuk mengembalikan semula hak rakyat negeri itu yang dua kali dinafikan akibat amalan tidak demokratik pemerintah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kali pertama hak rakyat dirampas berlaku pada 2009 melalui rampasan kuasa secara tidak sah yang didalangi Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Kali kedua, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata pada PRU 13 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat memenangi 55 peratus undi tetapi dinafikan hak memerintah semula ekoran sistem pilihan raya yang pincang.

“Pakatan harapan harus segera merangka pelan memenangi semula Perak dan memastikan rakyat negeri itu tidak dinafikan hak buat kali ketiga, untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,” katanya pada kenyataan media, semalam.

Kit Siang berkata, Pakatan Harapan berpotensi berbuat demikian pada PRU 14 berikutan sokongan yang ditunjukkan rakyat negeri itu pada pilihan raya terdahulu walaupun terpaksa berdepan sentimen perkauman sebagai modal politik UMNO BN.

Malah, beliau berkata, undi majoriti di empat kawasan yang dimenangi UMNO pada PRU 13 kurang 500 undi iaitu di Lubok Mebau dengan 53 undi majoritii, Manjoi (132), Manong (231) dan Pasir Panjang (304).

“Cabaran utama bagi Pakatan Harapan di Perak dan Malaysia untuk menangkis segala penipuan dan fitnah serta mainan politik kebencian dan ketakutan yang dilakukan pasukan propaganda Najib,” katanya.

Justeru, pemimpin veteran DAP itu berkata, rekod cemerlang pakatan pembangkang pada pilihan raya lalu harus dijadikan sandaran Pakatan Harapan untuk mengembeling tenaga untuk memenangi hati hati. -Roketkini.com


Tiada ulasan: