shahbudindotcom
Semuanya
nampak serba tak menjadi. Jika dua hari lalu, gerakan menolak Mukhriz
Mahathir yang diadakan di Alor Setar dipertikaikan oleh beberapa
pemimpin UMNO dan wakil rakyat yang hadir di mana ada di antaranya
merasakan seolah-olah diperdaya dan mereka tidak tahu tujuan sebenar
perjumpaan itu diadakan, apa yang berlaku dalam perjumpaan Kuala Lumpur
semalam lebih mendukacitakan lagi.
Kumpulan
14 Ketua Bahagian Kedah diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah yang
mengadakan pertemuan dengan Najib Razak bagi meneruskan desakan dan
mencapai kata muktamad agar kedudukan Mukhriz ditukar, terus menemui
jalan buntu.
Dalam
pertemuan di PWTC semalam, selain dihadiri 14 Ketua Bahagian berkenaan,
ia juga turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat, Exco Kerajaan negeri
dan pimpinan UMNO empat peringkat yang lain.
Malangnya,
difahamkan tiada kesepakatan dicapai dalam memutuskan sama ada Mukhriz
benar-benar perlu digantikan atau sebaliknya. Terdapat suara-suara yang
bimbang bahawa penyingkiran Mukhriz akan memecah-belahkan lagi UMNO dan
menidakkan sama sekali peluang mengekalkan penguasaan BN di negeri
Kedah.
Sudahlah
begitu, kehadiran dalam perjumpaan dengan Najib itu juga dilaporkan
tidak menepati sasaran yang menggembirakan. Ada yang menyebut kehadiran
tidak sampai pun 100 orang sedangkan jemputan dibuat untuk lebih 200
orang.
Ia dengan sendirinya bermakna, ramai yang tidak setuju dengan perjumpaan untuk menyingkirkan Mukhriz itu.
Dalam
keadaan kehadiran mengecewakan dan tiada kesepakatan itu, Najib
akhirnya hanya meluangkan masa kira-kira 40 minit saja dalam pertemuan
itu. Beliau meninggalkan majlis sebelum ia berakhir secara
sembunyi-sembunyi melalui pintu belakang seolah-olah enggan menunjukkan
wajah kecewanya kepada pihak media.
Malah
menjadi perbualan di kalangan petugas media tentang adanya arahan tidak
membenarkan diambil gambar Najib ketika meninggalkan majlis itu. Wajah
Najib ketika dalam perjumpaan itu pula, sebagaimana yang tersebar dalam
pelbagai media sosial, jelas memperlihatkan wajahnya yang murung dan
tidak gembira.
Selepas
Najib pergi, mesyuarat tetap diteruskan tetapi semua mereka yang hadir
mengunci mulut daripada bercakap mengenai hasil atau keputusan
perjumpaan itu.
Ramai
yang ditemui sekadar berkata, "no komen", "semuanya berjalan dengan
baik" atau kata-kata jawapan klise yang seumpama dengannya.
Episod
ini bukan saja memalukan 14 Ketua UMNO Bahagian yang selama ini begitu
bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Mukhriz, malah kali ini mereka
turut menyeret Najib sama untuk dimalukan.
Sepatutnya,
pertemuan dengan Najib yang diadakan selepas sidang akhbar di Alor
Setar, mereka terus berjaya meyakinkan Perdana Menteri agar Mukhriz
dapat disingkirkan dengan segera.
Namun
disebabkan ramai yang berbelah bagi dan lebih risau kesannya kepada
UMNO dan BN, ia dengan sendirinya membuatkan Najib rasa terpukul, lalu
meninggalkan pertemuan tanpa sidang akhbar dan pengumuman.
Yang
lebih memalukan, terpaksa pula Najib keluar ikut pintu belakang - sama
seperti yang dilakukannya ketika mesyuarat MT UMNO selepas pemecatan
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dahulu.
Di
luar pula, gerakan menyingkirkan Mukhriz secara automatik telah
membuatkan beliau semakin popular dan mendapat lebih simpati daripada
rakyat. Bukan saja rakyat Kedah bangun dan berdiri memberi sokongan
kepadanya, bahkan di mana-mana limpahan sokongan dapat dirasai.
Agenda
menyingkirkan Mukhriz itu akhirnya bukan saja terkesan kepada 14 Ketua
Bahagian yang mendapati rakyat tidak bersama dengan kehendak mereka,
malah juga menyebabkan Najib turut menerima kesan penolakannya.
Menyingkirkan
Mukhriz dan memenuhi kehendak 14 Ketua Bahagian itu lebih memberi
kesedaran tentang bahayanya kepada masa depan Najib sendiri akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan