Sabtu, 9 Januari 2016

PRN Sarawak: PAS dijangka tanding 10 kerusi

Shakira Buang


 


PAS dijangka meletakkan calonnya di lebih 10 kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Malah, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu kini sudah bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja untuk pilihan raya itu berlangsung.

"Pilihan raya Sarawak ini kita dalam kesiapsagaan dan kita akan bertanding lebih daripada kerusi yang kita bertanding dalam PRN Sarawak lepas.

"Akan bertambah mungkin lebih sekali ganda, dulu kita bertanding lima kerusi dan kali ini mungkin bertambah lebih daripada itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Taklimat Khas Presiden, di Taman Melewar, Gombak hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki - ketika menyentuh mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mengatakan bahawa PAS 'mungkin disisihkan' dalam PRN Sarawak kerana kurang mendapat sambutan di negeri itu - berkata PAS 'hanya tunggu dan lihat' mengenai kenyataan itu.

"Kita dengan PKR masih ada hubungan tahaluf, jadi kita tidak boleh beri kata dua, sama ada kamu hendak setuju dengan DAP atau pun saya (PAS).

"Itu bukan cara kita, jadi kita akan tengok perkembangan seterusnya bagaimana," katanya.


Tiada ulasan: