shahbudindotcom
Hari
ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua
Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari
1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara
rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.
Tiada
ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini.
Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan
pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.
Meskipun
demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa
dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu
besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.
Dalam
hal ini, saya ada bercakap dengan beberapa bekas pemimpin yang pernah
mengenali dan hidup sezaman dengan Tun Razak. Mereka mengatakan, jasa
dan sumbangan Tun Razak sering dan lebih banyak dijadikan sebutan
bukanlah bermakna beliau tidak ada cacat cela dan kelemahan sama sekali.
Sebaliknya,
kata mereka, disebabkan jasa dan sumbangannya terlalu besar kepada
rakyat dan negara, ia menjadikan ramai yang malu untuk menyebut tentang
kelemahannya.
Itulah
Tun Razak. Sempena 40 tahun pemergiannya, bukan saja jasa, sumbangan
dan pemikirannya terus dikenang, malah hari ini satu seminar khas
memperingati Bapa Pembangunan itu turut diadakan.
Sama
ada kita mengenalinya atau tidak, pernah hidup di zamannya atau
sebaliknya, namun memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun
Razak tetap dikira wajar kerana nilai peninggalannya yang tak ternilai
untuk rakyat dan negara.
Selain
itu, Tun Razak juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan
berjimat cermat. Beliau bersih daripada segala dakwaan rasuah,
menyalahgunakan kuasa atau hidup bermewah.
Di
ketika namanya masih diingati dan diadakan pula seminar khas mengenai
watak kepimpinannya, secara kebetulannya negara sedang dipimpin oleh
Najib, anak sulung Tun Razak sendiri.
Najib
yang turut hadir dalam seminar itu bersama beberapa bekas pemimpin yang
pernah bekerja dengan bapanya seperti Tun Abdullah Badawi dan Rafidah
Aziz, tentu saja mengharapkan sedikit sebanyak limpahan imej baik
memihak kepada dirinya daripada seminar tersebut.
Sebagai
anak sulung dan menjejaki pula jawatan Perdana Menteri yang pernah
disandang oleh bapanya, hanya seorang "anak yang perasan" akan
menganggap pujian kepada arwah orang tuanya adalah juga untuk dirinya.
Itulah
yang seting dilakukan oleh Najib selama ini. Di sebalik kedudukannya
semakin jauh daripada hati rakyat berikutan pelbagai isu, kelemahan dan
kesilapan sepanjang mentadbir negara sejak 2009 lalu, sering pula nama
Tun Razak digunakan untuk melonjakkan imej dirinya.
Lantaran
itu, mengadakan seminar khas untuk memperingati jasa dan sumbangan Tun
Razak, di sebalik nama anaknya makin membusuk, lebih menjadikan Najib
subjek perbandingan dengan bapanya.
Tun
Razak akan terus diingati dan dikenang, tetapi menjadikan Najib kian
jauh dari keperluan untuk terus memimpin negara. Tidak ada perbandingan
itu yang memberi kelebihan kepada Najib.
Dalam
semua segi, bukan saja tidak mungkin ada yang mengatakan Najib lebih
baik atau menyamai bapanya, bahkan untuk menyatakan 50 peratus atau 30
peratus warisan pemikiran dan karektor kepimpinan Tun Razak ada padanya
pun barangkali ramai yang ragu-ragu untuk menganggukkan kepala.
Najib
dilihat terlalu jauh berbeza dengan Tun Razak. Tidak saja pemikiran,
idea, gaya kepimpinan, gaya hidup, bahkan hampir segala-galanya berbeza.
Yang
paling membezakan anak dengan bapa itu ialah kehidupan mewah, boros
berbelanja, mengamalkan pemikiran "cash is king" dan sehingga
membenarkan di akaun peribadinya berlabuh wang sebanyak RM2,600 juta.
Kemudian,
demi untuk melindungi dan mengekalkan kuasanya, sanggup pula
memperkenalkan beberapa akta, selain memecat Peguam Negara dan melakukan
beberapa kacau ganggu yang lain dalam pasukan yang terlibat dalam
penguatkuasaan.
Ia
merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan, bukan saja oleh Tun
Razak, malah sesiapa juga Perdana Menteri sebelum Najib. Selemah-lemah
dan segagal-gagal Tun Abdullah Badawi pun tidak sampai ke tahap itu
kelakuannya.
Oleh
kerana kontranya yang terlalu ketara, semakin Tun Razak dikenang dan
diingati jasa serta sumbangannya, dalam masa yang sama ia secara tidak
langsung menjadikan kepimpinan Najib kian tidak bernilai dan "kosong
markahnya".
Tidak
kedapatan sama sekali ciri-ciri Tun Razak pada Najib. Perbezaan dan
jurang yang dalam itu sehingga membuatkan Nazir Razak beberapa kali
tidak bersetuju dan menyanggah gaya kepimpinan abangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan