Menurutnya,
kegagalan mengunjurkan bajet pada jangkaan penurunan harga minyak dunia
menunjukkan Malaysia menghadapi faktor kelemahan dalaman sewaktu
merangka bajet.
Sedangkan katanya, Malaysia mempunyai dua menteri dan
timbalan menteri kewangan, Bank Negara dan pelbagai institusi kerajaan
yang sepatutnya membekalkan maklumat dan nasihat yang tepat.
"Inilah "Malaysia Boleh" yang mempunyai jumlah anggota
kabinet melebihi negara maju yang mempunyai penduduk yang jumlahnya jauh
lebih besar daripada Malaysia.
"Tetapi Malaysia hanya memiliki kabinet dapur yang dipenuhi dengan lipas dan tikus yang menggigit sabun cap kapak," kata Mahfuz.
Bulan lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Wahid Omar berkata kerajaan akan menyemak semula Bajet 2016 sekiranya
harga minyak mentah brent terus jatuh di bawah paras AS$48 satu tong.
Bagimanapun menurut Wahid, kerajaan menjangka terdapat potensi harga minyak mentah akan naik tahun depan.
"Kenapa kerajaan begitu lemah sewaktu merangka bajet 2016
dengan bersandarkan pada harga minyak USD48 satu tong, pada hal dunia
sedang menyaksikan penurunan harga minyak pada waktu itu dan sejak
hujung tahun 2014 lagi?," soal Mahfuz."Bila bajet 2016 nak disemak semula, kerajaan pun memberi alasan ini disebabkan faktor luaran iaitu kejatuhan harga minyak dunia.
"Sepatutnya jika kerajaan daripada awal dapat membaca trend penurunan harga minyak tiadalah keperluan untuk semak semula bajet 2016," ujarnya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan