Ekonomi Malaysia 2016 : Amaran Pakar Ekonomi! Faktor Harga Minyak, Hutang, Gaji, Kos Sara Hidup Dan..
Buat pertama kalinya, dalam tempoh 12
tahun harga minyak dunia berada di paras $30 setong sekaligus memberikan
“gigitan dan cakaran” kepada negara-negara yang bergantung harap kepada
pendapatan minyak samada banyak atau sedikit.
Tidak terkecuali Malaysia. Faktor dan
punca seperti kemelesetan ekonomi China, kekuatan nilai dolar Amerika,
syarikat pengerudi minyak di Amerika Syarikat yang masih berdaya tahan
dan terbaru signal diberikan yang mengatakan pada bulan depan Bulan
Februari Iraq bakal menambah lagi lambakan minyak di pasaran dunia.
Berdasarkan semakan Berita Semasa
terhadap perkongsian yang diberikan oleh seorang lagi pakar ekonomi Dr
Mohd Nor terhadap perkembangan ekonomi Malaysia 2016 :
Respon Pakar Ekonomi Malaysia Vs Realiti Ekonomi Malaysia Hari Ini?
- Permintaan domestik lemah untuk mengekalkan momentum pertumbuhan Ekonomi Malaysia
- Hutang isi rumah pada tajap yang tidak mampan
- Kadar eksport Malaysia menjunam
- Nilai matawang Ringgit Malaysia turut menjunam
- Kedatangan jumlah pelancong ke Malaysia turut berkurangan
- Penunjuk penggunaan swasta alam keadana terancam
- Pemilikan kereta di malaysia ditahap yang tertinggi di dunia
- Pendapatan kerajaan Malaysia terus merosot
- Harga minyak dunia dan harga minyak sawit dalam aliran untuk tempoh masa panjang
- Kos sara hidup di Malaysia terus meningkat secara drastik malangnya pendapatan isi rumah kekal ditakuk yang lama
- Nilai ringgit Malaysia kekal pada paras melebihi RM4 untuk setiap satu dolar Amerika untuk tahun-tahun yang akan datang
- Pengeluaran, kecekapan, dan daya saing untuk Malaysia semuanya di bawah par jika dibandingkan negera-negara jiran ASean kita yang lain
- iCapital telah memberikan PERINGATAN yang cukup penting kepada kalangan pelabur dan bakal pelabur samada kediaman, pusat membeli belah dan komersil atau unit pejabat sudah terlebih penawaran!!!
- iCapital juga memberikan AMARAN yang mana ekonomi Malaysia akan jatuh dengan SANGAT CEPAT sambil berkongsi persoalan samada ekonomi Malaysia akan menjadi sepertimana yang berlaku kepada Argentina?
- Tahap pendidikan di Malaysia lebih teruk dari Vietnam sepertimana yang dilaporkan Bank Dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan