Khamis, 7 Januari 2016

DAP kunci mulut ulas isu pemberian kerusi PBT pada AMANAH

 
Pimpinan DAP beri alasan tiada maklumat lengkap, bahkan ada tidak menjawab panggilan telefon wartawan FMT.


Ng-Suee-Lim,amanah


PETALING JAYA: DAP Selangor dilihat enggan mengesahkan sama ada parti itu memberikan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (AMANAH)

Ketika dihubungi FMT, di sini, hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim memberi alasan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung penyerahan kerusi PBT untuk AMANAH.

“Saya tidak mempunyai maklumat lengkap parti mana yang menyerahkan lapan kerusi kepada AMANAH, cuma apa yang saya tahu kerajaan negeri mengarahkan lapan kerusi diserahkan kepada AMANAH untuk menyelesaikan isu yang berlaku, ” katanya.

Bagaimanapun, cubaan FMT mendapat pengesahkan daripada pimpinan DAP lain termasuk Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua tidak berhasil.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah mengesahkan lapan kerusi PBT yang diberikan kepada AMANAH hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP.

Katanya, lima kerusi yang akan diberikan kepada AMANAH adalah di Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Tiada ulasan: